Assalamualaikum,
Inchloss? Woah besar tu yang nak dikurangkan. Hahha tak adalah. Diet ke aku? Hmm maybe diet. Tapi diet secara sihat. Makan makanan yang sihat. Minum supplement yang sihat.
Aku baru nak cuba minum Cinch Shake Mix ni. Hohoho. Baru dapat. Fresh from oven. Baru nak try. 3 bulan sahaja lagi. Tak lama dah.....
Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts
26 February 2014
28 February 2012
My stress management
Wash your face.
Lie down for a while.
Get up and drink a cup of hot Nescafe/Coffee.
Browsing your favourite Youtube Channel.
Watch for a minute.
Get back to work.
p/s: terfikir nak pergi holiday seorang diri dekat mana-mana. just nak lepak hotel and keluar makan makanan yang superb best tanpa rasa bersalah dan perlu memikirkan hal-hal di pejabat untuk seketika. hmm ada sesiapa nak tolong sponsor?
18 November 2011
Definasi batuk, punca dan rawatan tradisional dan moden.
Assalamualaikum kawan-kawan. Hurm sesiapa yang add aku kat Facebook sure memang tahu aku tengah mengalami masalah batuk melampau. Hahha serius okay. Tanyalah Encik Yusenze betapa seriusnya saya batuk setiap kali keluar dengan dia. Dia pun dah naik risau tengok saya batuk teruk sangat. So dengan terjadinya kejadian diatas, saya nak tahu kenapa saya batuk. Punca-punca terjadinya batuk. Simptom-simptom awal batuk dan cara untuk mengubati penyakit batuk.
Maksud batuk. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. -Sumber dari Wikipedia-
If in english, A cough is a sudden and often repetitively occurring reflex which helps to clear the large breathing passages from secretions, irritants, foreign particles and microbes. The cough reflex consists of three phases: an inhalation, a forced exhalation against a closed glottis, and a violent release of air from the lungs following opening of the glottis, usually accompanied by a distinctive sound.[1] Coughing can happen voluntarily as well as involuntarily.
-Source of Wikipedia-
Punca-punca:
- Demam selesema
- Alergi
- Merokok
- Penyakit Asma/lelah
- Jangkitan Saluran Pernafasan
- Penyakit paru-paru
- Kelemahan jantung
- Gemuruh
- Asid perut bocor ke dalam kerongkong
Penyakit batuk boleh terbahagi kepada dua iaitu batuk kering dan batuk basah. Kebiasaanya batuk kering tidak mengeluarkan kahak. Ianya boleh menyebabkan tekak anda menjadi gatal. Bagi batuk basah pula, ianya akan mengeluarkan kahak dan menyebabkan anda merasa sesak dan tidak dapat bernafas dengan baik. Warna dan bau kahak dapat membantu doktor atau ahli farmasi untuk mengenalpasti jenis ubat yang sesuai untuk rawatan anda.
Jenis rawatan untuk batuk:
Rawatan Tradisional:-
- Ambil seulas bawang putih dengan kulitnya dan cucuk dengan garfu. Bakar bawang putih itu diatas api selama 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit sebelum dimakan. Bawang putih berfungsi sebagai sumber antibodi semulajadi dan mempunyai khasiat antioksidan yang bagus. Ia membantu meningkatkan kekuatan tubuh badan kita untuk menghalang penyakit berulang dan boleh dijadikan sebagai makanan untuk awet muda.
- Rendam sedikit kerak nasi dan minum airnya apabila kerak nasi itu telah kembang. Amalkan setiap pagi.
- Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk dapatkan airnya. Campurkan dengan sedikit gula dan embunkan satu malam. Minum setiap 2 kali seminggu.
- Campurkan dua sudu makan madu lebah asli dan campurkan dengan air perahan limau nipis dan minum 3 kali sehari.
- Ambil sebiji limau Sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
Rawatan Moden:-
Jenis-jenis ubat yang mengandungi Dextromethorphan, Hydrocodone, Codeine, Ephedrine.
![]() |
| Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak |
![]() |
| Wood's Peppermint Cough Syrup |
| Breacol for adults and kids |
P/S: Until today dah dekat 2 minggu aku batuk tak sudah-sudah lagi. Hmm dada sakit. Perut sakit. Bernafas tak selesa. Sekarang dah cari info berlambak macam ini sure akan aku adaptasikannya. Hehhe. Sumber diambil dari Wikipedia, Google.com dan Petua Tradisional oleh Pemudi. Hope korang dapat sedikit info dari apa yang aku dapat ini.
27 April 2010
10 Tips For A Healthy Heart
HERE ARE TEN EASY STEPS TO BETTER HEART HEALTH:
1. Stop smoking.
2. Touch and be touched.
3. Eat seaweeds.
4. Eat foods rich in beta-carotenes.
5. Eat garlic.
6. Eat foods rich in essential fatty acids.
7. Drink lemon balm tea.
8. Move!! Go for a walk, jump rope , swim, or do leg lifts and arm raises from your bed or wheelchair.
9. Avoid restrictive diets.
10. Eat as much as you want of : whole grains, vegetables, beans greens ,fruits, fish, seeds, and yogurt.
28 March 2010
kenapa kita memerlukan tidur yang cukup?
Waktu tidur adalah sangat penting bagi setiap manusia..even haiwan pun perlukan tidur..Bila kita tidur, tubuh kita akan berehat dari kepenatan berjaga sepanjang hari..Tidur yang cukup mampu membina tubuh yang sihat...Minda kita juga akan jadi cerdas bila kita dapat tidur yang cukup..
Korang tahukan pasal eyebag atau lebam bawah mata?Bila kita dapat tidur yang cukup, lebam bawah mata kita akan kurang kerana kita telah dapat rehat yang cukup..Janganlah korang berjaga sepanjang malam untuk main internet or whatsoever..Benda2 yang tidak penting biarlah dilakukan bila waktu lapang sahaja..
Ramai yang tidak tahu bila kita berjaga malam, tubuh badan tidak dapat rehat yang cukup dan boleh menimbulkan berbagai penyakit..Badan yang letih buat kita sukar untuk membuat keputusan dengan baik..bila nak jawab exam juga kalau tidak cukup rehat, otak kita akan jadi tepu seketika dan membuatkan kita tidak boleh nak berfikir jawapan yang betul bagi soalan tersebut..
Kita ada beberapa tips bagi mereka yang sukar tidur malam..
- Tutup lampu bilik anda..Bilik yang terang membuatkan kita sukar untuk tidur lena..
- Dengarlah muzik2 yang mendamaikan anda..muzik ini akan membuatkan anda mudah rasa mengantuk..Contoh2 muzik yang mendamaikan adalah lagu berentak slow..Banyak kan lagu slow sekarang..
- Tabur bedak diatas bantal anda...Bau wangi ini akan menenangkan jiwa anda..membuatkan deria bau anda terasa nyaman..ia juga untuk mengekalkan kewangian rambut anda..Jangan pulak korang tabur bedak straight terus atas kepala pulak..kang jadi macam nenek kebayan muka muda..
- Semburkan wangian udara yang segar..
- Kalau boleh, minumlah minuman bersusu..kerana minuman jenis ini akan lebih mudah membuat anda ngantuk seperti Milo, Susu Tepung dan sebagainya..
- Baring dengan selesa..Jadikan tempat tidur anda adalah tempat yang paling selesa untuk tidur..Jangan tidur atas katil yang bersepah..Selesakan diri anda diatas katil before tidur..
- Elakkan tidur pada waktu petang selepas pukul 3pm..Seeloknya anda tidur sebentar pada pukul 12.00pm..tidur selama 15 minit membolehkan anda menjana tenaga untuk membuat tugasan diwaktu petang..
Pesanan Penaja: Jangan terlebih tidur pula kerana ianya juga akan membuatkan anda kelihatan tidak bermaya..
26 March 2010
Musim untuk study dan menjana minda yang cerdas
Salam semua..!Okay pada yang tidak tahu, bermulanya bulan April ini student UiTM seluruh Malaysia akan busy nak study sebab Final exam ada dekat hujung simpang itu..maksudnya final exam is just around the corner..Fuhh memang takut dan tersangat takut..Sebab this is my final semester and i hope i won't be back here anymore unless if my application of continuation of studies dapat dekat sini..mintak2 janganlah..Jauh gila maa..bayangkan..kita duduk JB study dekat Arau Perlis..Perghh berasap (_|_) duduk lama2 dalam bus walaupun bus tersebut tersangatlah sejuk dengan aircond..
Whoops cam dah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya pula..Haha gila kau Effie guna peribahasa tersebut..tak ada kena mengena okay..Okay2 back to the story..kita dah berhari2 menGoogle dan mencari info tentang pemakanan yang sihat untuk menjana minda yang cerdas..Gambar2 dibawah ini adalah gambar dari Google Image okay..not mine..tak sempat nak amik gambar sendiri *padahal malas sebab malas nak transfer masuk lappy*
Okay bila kita mula study,apa yang akan kita harapkan adalah biarlah segala apa yang masuk dalam otak kita *berkaitan pelajaran je eh..yang lain2 tak termasuk* kita harap ia akan kekal sekurang2nya sampai akhir hayat and terutama sekali sewaktu exam..
Korang sure pernah mengalami benda ini kan...terasa malas nak study sekarang..biar lambat2 sikit..nanti study awal2 takut lupa..pernah tak alami situasi macam ini?Jangan tipu okay..!saya tahu ramai yang tak suka study awal2 alasan takut lupa bila nak jawab..Sebenarnya fakta yang korang cipta itu adalah salah sama sekali..!Okay dekat sini saya nak tekankan *sambil tekan keyboard kuat* bahawa bila korang study awal2,korang akan lebih bersedia..kalau tak nak mudah lupa, korang selalu baca doa penerang hati, dan segala doa yang memang banyak jika kita tahu ayat2nya..Bila korang dah berdoa, InsyaAllah Allah akan turunkan sedikit rahmat pada kita dan mudah2an kita dapat memahami segala intipati yang kita belajar itu dengan lebih mendalam..
Rajin2kanlah solat sunat..Solat yang wajib itu memang seharusnya tidak dipandang remeh kerana solat itu tiang agama kita..Apa guna kita bergelar seorang Hamba Allah jika kita tidak patuh akan ajaranNYA..Ingat okay..Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil..DIA boleh menjadikan apa sahaja didalam alam semesta ini..
Okay..Selain itu start dari sekarang, mulakan buat nota ringkas tentang sesuatu tajuk..lebihkan penerangan pada tajuk yang susah dahulu..Highlight mana-mana yang penting..Gunakan warna2 yang terang supaya anda tidak mudah rasa mengantuk bila nak dekat exam..Bila dah highlight nanti time kat luar dewan exam korang boleh cari benda2 penting dengan mudah..tak payahlah korang nak pening2 kepala..last2 belum masuk dewan exam lagi korang dah kalah dengan exam paper tersebut..
Bagi yang mudah nervous terutama macam kita..kita memang cepat sangat menggigil bila takut dan sebagainya sebab kandungan iodin dalam badan kita sangat tinggi berbanding paras normal..normal adalah 16-20 and kita punya kandungan iodin dalam badan adalah 35..Atau lebih senang nak cakap sesiapa yang menghidap penyakit tiroid,memang akan mudah nervous...Jadi apa yang saya lakukan adalah semasa berada diluar dewan exam, Selawatlah ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW seberapa banyak yang boleh...kalau boleh elakkan baca nota diluar dewan exam sebab nanti kita makin nervous so boleh jadi hilang semua apa yang kita dah baca before this..
Okay dalam hal pemakanan pula ramai yang salah sangka tentang fakta sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam..Okay macam ini..Jangan korang sekali2 langkah jadual pemakanan..Sarapan pagi itu penting okay..Untuk musim exam ini kita tekankan pada cara pemakanan yang sihat..Iaitu untuk sarapan, kita akan ambil 2 keping roti disapu dengan butter dan 4 keping Lite Munchy Cream Crackers dan segelas Quacker Oat..Bila makan ini, anda akan kenyang sepanjang hari..
Untuk tengahari pula cuma ambil makanan yang ringan..bukan makanan ringan okay..makanan yang ringan ini adalah seperti secawan kecil nasi, seekor ikan dan sayur..Okay bila musim exam,anda digalakkan makan Ikan dengan banyak kerana ikan merupakan sumber Omega 3 yang terbaik untuk kita..apa itu Omega 3?Okay menurut fakta, Omega 3 ini banyak kelebihan dia..Antaranya ialah ianya dapat menguatkan minda anda..
Untuk tengahari kita perlu makan dalam jumlah yang sedikit kerana badan kita telah mempunyai tenaga hasil daripada sarapan pagi kita..sebab itulah sarapan pagi dikatakan amat penting kerana ia ketika kita tidur, tubuh badan kita akan memproses makanan didalam perut..itulah sebabnya pagi2 mesti kena buang air besar..ramai yang cakap "aku tak boleh makan pagi..nanti perut mesti sakit" fakta itu salah sama sekali okay..!bila makanan dah diproses malam tadi, ianya akan jadi bahan buangan yang memang dah jadi lumrah untuk kita buang pagi..lepas itu perut kita akan jadi kosong..sebab itu kita memang diwajibkan untuk sarapan..sebab sarapan adalah bekal untuk kita sepanjang hari..bila dah sarapan, makan tengahari akan jadi kurang kerana perut masih kenyang..bila kita amik sedikit hidangan makan tengahari, automatik tubuh badan kita akan bertambah kurus..*kurus bukan sebab diet tapi sebab mengambil makanan dengan cara yang betul*
Sambil2 kita buat kerja, snek yang baik untuk kita adalah kismis..Kismis ini memang perangsang minda yang baik..
Untuk makan malam pula, digalakkan untuk mengambil nasi dan lauk2..tapi dengan syarat,ianya mestilah diambil sebelum pukul 6..kerana lepas pukul 8,jika kita masih mengambil makan malam, ia akan menjadi lemak dan menempel di sekitar perut anda kerana waktu pemprosesan yang diambil sebelum tidur telah dipendekkan..*faham ke ayat aku nie*
okay lupa nak bagitahu..Buah-buahan sangat penting untuk tubuh badan kita okay..Okay macam ini.."mak cakap makan nasi dulu baru makan buah..tapi doktor cakap makan buah dulu baru makan nasi" Anda tahu kenapa?ini kerana jika kita mengambil buah dahulu, ia akan melancarkan salur perjalanan makanan kita..So bila makan nasi, ia akan terus laju pergi ke perut untuk diproses..
Untuk supper,korang boleh ambil segelas susu dan 4 keping biskut untuk alas perut semasa tidur..jangan amik biskut yang berkrim sangat..Susu adalah penting kerana jika minum susu pada waktu malam,anda akan mudah mengantuk dan terus tidur lena..Jadi tidak ada istilah study sampai lewat malam sampai lebam2 mata jadi Panda tapi satu hape pun tak masuk..korang sure tak nak jadi macam itu kan..
Anda digalakkan untuk mengulangkaji diwaktu pagi selepas mandi dan mengemas bilik..suasana pagi yang sejuk, mata yang segar, dan udara yang nyaman membolehkan anda study dengan tenang..Make sure bilik itu berbau segar,tidak bersepah dan sentiasa kemas..kalau tak nant,5 minit study tengok bilik sepah, 30 minit kemas bilik..buang masa sahaja..

Whoops cam dah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya pula..Haha gila kau Effie guna peribahasa tersebut..tak ada kena mengena okay..Okay2 back to the story..kita dah berhari2 menGoogle dan mencari info tentang pemakanan yang sihat untuk menjana minda yang cerdas..Gambar2 dibawah ini adalah gambar dari Google Image okay..not mine..tak sempat nak amik gambar sendiri *padahal malas sebab malas nak transfer masuk lappy*
Okay bila kita mula study,apa yang akan kita harapkan adalah biarlah segala apa yang masuk dalam otak kita *berkaitan pelajaran je eh..yang lain2 tak termasuk* kita harap ia akan kekal sekurang2nya sampai akhir hayat and terutama sekali sewaktu exam..
Korang sure pernah mengalami benda ini kan...terasa malas nak study sekarang..biar lambat2 sikit..nanti study awal2 takut lupa..pernah tak alami situasi macam ini?Jangan tipu okay..!saya tahu ramai yang tak suka study awal2 alasan takut lupa bila nak jawab..Sebenarnya fakta yang korang cipta itu adalah salah sama sekali..!Okay dekat sini saya nak tekankan *sambil tekan keyboard kuat* bahawa bila korang study awal2,korang akan lebih bersedia..kalau tak nak mudah lupa, korang selalu baca doa penerang hati, dan segala doa yang memang banyak jika kita tahu ayat2nya..Bila korang dah berdoa, InsyaAllah Allah akan turunkan sedikit rahmat pada kita dan mudah2an kita dapat memahami segala intipati yang kita belajar itu dengan lebih mendalam..
Rajin2kanlah solat sunat..Solat yang wajib itu memang seharusnya tidak dipandang remeh kerana solat itu tiang agama kita..Apa guna kita bergelar seorang Hamba Allah jika kita tidak patuh akan ajaranNYA..Ingat okay..Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil..DIA boleh menjadikan apa sahaja didalam alam semesta ini..
Okay..Selain itu start dari sekarang, mulakan buat nota ringkas tentang sesuatu tajuk..lebihkan penerangan pada tajuk yang susah dahulu..Highlight mana-mana yang penting..Gunakan warna2 yang terang supaya anda tidak mudah rasa mengantuk bila nak dekat exam..Bila dah highlight nanti time kat luar dewan exam korang boleh cari benda2 penting dengan mudah..tak payahlah korang nak pening2 kepala..last2 belum masuk dewan exam lagi korang dah kalah dengan exam paper tersebut..
Bagi yang mudah nervous terutama macam kita..kita memang cepat sangat menggigil bila takut dan sebagainya sebab kandungan iodin dalam badan kita sangat tinggi berbanding paras normal..normal adalah 16-20 and kita punya kandungan iodin dalam badan adalah 35..Atau lebih senang nak cakap sesiapa yang menghidap penyakit tiroid,memang akan mudah nervous...Jadi apa yang saya lakukan adalah semasa berada diluar dewan exam, Selawatlah ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW seberapa banyak yang boleh...kalau boleh elakkan baca nota diluar dewan exam sebab nanti kita makin nervous so boleh jadi hilang semua apa yang kita dah baca before this..
Okay dalam hal pemakanan pula ramai yang salah sangka tentang fakta sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam..Okay macam ini..Jangan korang sekali2 langkah jadual pemakanan..Sarapan pagi itu penting okay..Untuk musim exam ini kita tekankan pada cara pemakanan yang sihat..Iaitu untuk sarapan, kita akan ambil 2 keping roti disapu dengan butter dan 4 keping Lite Munchy Cream Crackers dan segelas Quacker Oat..Bila makan ini, anda akan kenyang sepanjang hari..
Untuk tengahari pula cuma ambil makanan yang ringan..bukan makanan ringan okay..makanan yang ringan ini adalah seperti secawan kecil nasi, seekor ikan dan sayur..Okay bila musim exam,anda digalakkan makan Ikan dengan banyak kerana ikan merupakan sumber Omega 3 yang terbaik untuk kita..apa itu Omega 3?Okay menurut fakta, Omega 3 ini banyak kelebihan dia..Antaranya ialah ianya dapat menguatkan minda anda..
boleh didapati dalam ikan laut
dan juga dalam bentuk kapsul...ur choice..
Sambil2 kita buat kerja, snek yang baik untuk kita adalah kismis..Kismis ini memang perangsang minda yang baik..
Untuk makan malam pula, digalakkan untuk mengambil nasi dan lauk2..tapi dengan syarat,ianya mestilah diambil sebelum pukul 6..kerana lepas pukul 8,jika kita masih mengambil makan malam, ia akan menjadi lemak dan menempel di sekitar perut anda kerana waktu pemprosesan yang diambil sebelum tidur telah dipendekkan..*faham ke ayat aku nie*
okay lupa nak bagitahu..Buah-buahan sangat penting untuk tubuh badan kita okay..Okay macam ini.."mak cakap makan nasi dulu baru makan buah..tapi doktor cakap makan buah dulu baru makan nasi" Anda tahu kenapa?ini kerana jika kita mengambil buah dahulu, ia akan melancarkan salur perjalanan makanan kita..So bila makan nasi, ia akan terus laju pergi ke perut untuk diproses..
Untuk supper,korang boleh ambil segelas susu dan 4 keping biskut untuk alas perut semasa tidur..jangan amik biskut yang berkrim sangat..Susu adalah penting kerana jika minum susu pada waktu malam,anda akan mudah mengantuk dan terus tidur lena..Jadi tidak ada istilah study sampai lewat malam sampai lebam2 mata jadi Panda tapi satu hape pun tak masuk..korang sure tak nak jadi macam itu kan..
Anda digalakkan untuk mengulangkaji diwaktu pagi selepas mandi dan mengemas bilik..suasana pagi yang sejuk, mata yang segar, dan udara yang nyaman membolehkan anda study dengan tenang..Make sure bilik itu berbau segar,tidak bersepah dan sentiasa kemas..kalau tak nant,5 minit study tengok bilik sepah, 30 minit kemas bilik..buang masa sahaja..
Subscribe to:
Posts (Atom)











