Showing posts with label kecantikan dan fesyen. Show all posts
Showing posts with label kecantikan dan fesyen. Show all posts

27 April 2010

10 Tips For A Healthy Heart



HERE ARE TEN EASY STEPS TO BETTER HEART HEALTH:
1. Stop smoking.
2. Touch and be touched.
3. Eat seaweeds.
4. Eat foods rich in beta-carotenes.
5. Eat garlic.
6. Eat foods rich in essential fatty acids.
7. Drink lemon balm tea.
8. Move!! Go for a walk, jump rope , swim, or do leg lifts and arm raises from your bed or wheelchair.
9. Avoid restrictive diets.
10. Eat as much as you want of : whole grains, vegetables, beans greens ,fruits, fish, seeds, and yogurt.

16 April 2010

Tips untuk hilangkan bintik hitam

Salam..Sape dekat sini ada masalah blackhead or bintik hitam yang sangat menggerunkan lagi mentakutkan itu sila angkat jari anda sekarang..!!


Okay memang ramai yang ada blackhead..Tapi still tak tahu macamana nak remove blackheads kan?Okay dekat sini Effie nak bagi tips sikit..Hmm benda ini Effie tahu dah 2 bulan lalu tapi baru sekarang Effie share ngan korang sebab bukan kedekut okeyh..!Tapi sebab nak try sendiri berkesan ke tak resepi itu..

15 April 2010

Tips nak putihkan gigi

Salam korang..Hmm dah lama Effie tak bagi tips kan..Ececeh macamlah kau tu pakar sangat Cik Effie..Hmm dah baca tajuk diatas?Entry kali nie nak bagitahu korang macamana nak putihkan gigi dengan kos yang murah..

08 April 2010

Fakta tentang BB Cream


Perhatian: Kita tak mendapat sebarang duit atau hadiah dari Elianto kerana apa yang akan ditulis dibawah adalah sebahagian dari apa yang kita pakai dan ingin kita kongsikan dengan anda semua




Salam semua..Okay entry kali ini kiter nak ceritakan tentang BB Cream..Mula2 sekali kiter nak describe sikit apa itu BB Cream..Mungkin masih ramai yang terpinga-pinga apa itu BB Cream..Kalau korang nak tahu BB Cream ini semakin famous sekarang sebab memang best bila pakai BB Cream..

Kisah seorang perempuan tak reti pakai shawl

HAHA tengok tajuk pun dah tahu kan entry ini berkenaan apa..Kisah seorang perempuan yang tak reti nak pakai shawl..Kisahnya bermula dengan 1 SMS..Ecece..Okay baca jerklah apa yang ada kat bawah ni..


Si perempuan: Weyh suka r tengok ko pakai shawl..ajar boleh *sadis giler ayat*
Si kawan: Boleh jerk tapi syarat dia ko kena ada shawl r..
Si perempuan: Boleh jerk..aku tengok ada jual kat kedai makcik jahit tu rm5.00..boleh r esok aku try beli..
Si kawan: Okey beres..

Keesokan harinya....

Si perempuan: Weyh aku dah beli dah tapi nantilah aku gi tempat ko belajar pakai shawl *sekali lagi memberi ayat sadis*
Si kawan: Aku no prob jerk..

Malam itu...
 Si perempuan: Cam semangat jerk nak pakai..tapi okey ke?*berkata dalam hati pastu ditranslate ke sini*

First trial....
Mak oiii..ketat giler nak pakai tudung pepanjang nie..Tercekik aku kalau sepanjang hari pakai shawl..*berkata lagi didalam hati*


Second trial.....
Hoi bulat giler muka ko E*F*E....!!!!Cam malu plak nak pakai gini *kata si perempuan itu didalam hati sekali lagi*

5 minit kemudian.....
Si perempuan itu berkata.."back to basic sudah..simple is better" *ayat sadis padahal tak reti pakai shawl*

10 minit kemudian 1 SMS masuk...
Si kawan: weyh ko dah try pakai ke belum?send gambar kat aku..
Si perempuan: okay gambar dah send..siaplah kalau ko gelakkan aku....

5 minit selepas itu....
Si kawan: BHAHAHAHAH Bulat giler muka ko pakai shawl..bukan camtulah..meh nanti esok aku ajar...
Si perempuan: Malas aku nak pakai shawl dah..ko jerk r pakai sensorang...
Si kawan: Alolo jangan majuk..
Si perempuan: Mane ada..Simple is better..aku nak back to basic jerkkk...T____T
Si kawan: Haha padahal sadis kan tak reti pakai shawl...
Si perempuan: Selipar aku banyak kat luar tu..ko nak rasa 1 tak??
Si kawan: HAHAHA..




Pesanan penaja: Si kawan itu adalah kawan aku yang hampir tetiap hari mempakai shawl gi mana2..Si perempuan itu adalah owner belog buruk ini...Hahahadoiii..takkan ku pakai shawl lagi...Hampas kelapa betul si kawan itu mengketawakan aku..








07 April 2010

Kenapa perempuan suka bawa beg besar

Salam semua..Hey2..pernah tak korang pergi jalan2 gedik2 dating2 ngan bf/gf korang and ternampak ada perempuan bawa beg besar2 pergi jalan..?Tak pernah?Huh..!tak payah tipulah..Mesti ada punya..Actually kalau kiter pergi jalan ngan family ke, kawan2 ke apa ke mesti bawa handbag besar..Sebab apa?okay nak bagitahu sikit..Scroll bawah sampai habis okeh..


Sebab senang nak sumbat barang
Ini hakikat semulajadi okeh..Kalau kiter pergi mana2 barang yang perlu kiter bawa adalah Handphone, Earphone untuk dengar lagu sebab kiter cepat bosan tunggu lama2,pastu kiter bawa air masak *penting tu..Mulut kuat bebel cepat kering tekak...!muahaha* pastu kena bawa Elianto BB Cream *entry pasal BB Cream ini akan saya upload kemudian* pastu bawa tisu, pastu macam2 lagilah..So itulah kegunaan beg besar..botol air pun disumbat sekali..Tapi kena tutup ketat2lah sebab tak nak jadi macam si kawan kita yang beg dia banjir dengan air milo...Muahaha....Kesian pun ada tapi nak ketawa tu lebih dari kesian..

Boleh cover perut
Hahaha cam lawak plak..Betul apa..kiter tengok budak2 perempuan nie bawa beg besar2 sebab nak cover perut..Kiter nasihatkan kalau dah rasa perut itu buncit selalulah exercise and pakailah ikut yang sesuai..

Boleh sumbat sweater or shawl
Hmm ini memang saya buat selalu sebab saya kaki wayang...So korang tahu jerklah kan kat dalam wayang itu kan sejuk yang amat..so kenalah bawak sweater..kang kalau pakai terus kang orang cakap gila pulak..Pehal minah nie tengahari buta berselubung dengan sweater..*ayat si orang itu*

Boleh simpan barang2 yang dah dibeli
Hmm betul juga..kalau korang pergi complex mana2 kebanyakannya kedai2 branded kan..so beg plastik dia lawa2 *cam murah sebut beg plastik haha* so biasanya orang yang beli barang kat kedai2 mahal nie dok tayang beg plastik itu..tapi yang beli kat kedai murah2 nie sume sumbat dalam beg besar tersebut..Haha praktikkan okeh..


Okey kiter rasa itu jerk kot..Sesapa yang ada pengalaman membawa beg besar pergi jalan2 atas sebab2 diatas sila bagitahu..hehe


Okay2 Salam..



18 March 2010

Facial treatment using Green Tea

Salam semua..Pagi tadi saya sempat buat home facial treatment..Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tips untuk melakukan facial treatment dirumah bukan?Okay sekarang saya nak ajar bagaimana untuk membuat facial treatment menggunakan teh hijau beserta gambar-gambar untuk setiap step..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat facial treatment dirumah adalah:

Besen/Mangkuk Besar


4 Uncang Teh Hijau


2 Sudu Besar gula Kastor


Johnson's Baby Oil
*boleh gunakan madu/yogurt/Lemon*


Beberapa helai kapas muka


Sehelai Tuala bersih


Makeup Removal
*disebabkan waktu ini saya baru balik dari keluar bandar maka makeup masih belum dicuci..hehe*


Clean & Clear oil free mosturizer
*ikut pilihan sendiri okay*


Langkah pertama = Cleanse

  • Buang semua alat solek yang ada di wajah anda menggunakan makeup removal atau guna baby oil pun boleh
  • Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda
  • Bilas muka dengan cara mengelapnya menggunakan kapas yang dicelup dengan air suam *jangan sesekali guna air yang panas sebab nanti kulit akan cepat tua..guna air suam je okay*
Langkah kedua = Steam

  • Masukkan air panas yang baru mendidih ke dalam besen/mangkuk besar..Tuang hingga separuh penuh
  • Masukkan 1 uncang teh hijau kedalam air tadi..tunggu hingga teh itu kembang
  • Sapukan mosturizer pada wajah untuk bahagian kulit muka yang kering

  • Bila agak-agak teh sudah kembang,dan air itu sudah sejuk sedikit *jangan tunggu sampai betul2 sejuk* dekatkan wajah anda ke atas permukaan besen/mangkuk itu..
  • Tutup kepala anda dengan tuala tebal *macam berselubung* bagi mengelakkan air itu cepat sejuk
  • Stimkan wajah anda selama lebih kurang 5-20 minit..Jika terlampau panas, jauhkan sedikit muka anda dari besen/mangkuk itu *digalakkan guna facial steamer sebab ia boleh mengawal suhu kepanasan*
  • Sesudah itu, angkat kepala anda dan biarkan ia sejuk sedikit selama 2 minit kemudian lap muka anda dengan tuala bersih atau kapas muka
Langkah ketiga = Scrub/Exfoliate

  • Cara untuk membuat skrub adalah seperti dibawah

Rendam 1 uncang teh hijau dalam air yang baru mendidih..Gunakan air hanya pada paras air dalam gambar diatas..


Masukkan 1 sudu gula kastor ke dalam mangkuk bersih *gula kastor lebih halus daripada gula biasa*


Masukkan 1 sudu air teh hijau yang telah direndam tadi dan kacau bersama gula *tunggu air teh itu sejuk baru dicampurkan dengan gula sebab nanti gula akan larut dalam air jika air itu panas*


Masukkan lagi 1 sudu gula kastor dan kacau lagi


Masukkan 1 sudu baby oil/madu/lemon ke dalam campuran bahan tadi dan kacau lagi


Inilah hasil skrub wajah anda..sediakan bersama beberapa helai kapas muka

  • Rendam 2 helai kapas muka ke dalam bahan skrub anda dan sapu di seluruh muka..
  • Hanya gunakan jari tengah,jari manis dan jari kelingking, gosokkan bahan tadi keseluruh muka anda..Jangan terlampau kasar..slow2 saja
  • Sapu lagi sedikit bahan tadi jika bahan yang ada dimuka telah kering
  • Gosokkan selama 2-3 minit kemudian bilas dengan air suam
  • Selepas membersihkan muka anda, percikkan sedikit air sejuk ke wajah anda untuk menutup pori-pori yang terbuka tadi
  • Lebihan air rendaman tadi, gunakan ia sebagai toner..hanya titiskan sedikit pada kapas muka dan sapukan keseluruh muka anda..Jangan bimbang tentang semut sebab ia dijamin tidak melekit..
Langkah keempat = Relakskan mata anda

  • Caranya mudah sahaja..hanya rendamkan 2 uncang teh hijau kedalam air panas
  • Biar selama 2 minit kemudian angkat uncang tersebut dan letakkan didalam bekas berasingan..
  • Perahkan lebih air yang terdapat pada uncang tersebut didalam mangkuk yang berasingan dan tampalkan di bawah mata anda
  • Biarkan selama lebih kurang 30 minit..
  • Sambil berehat, dengarlah lagu kesukaan anda
Langkah kelima = Minum air
  • Minum air masak secukupnya kerana apabila proses stim wajah tadi, banyak kandungan air telah keluar dari muka anda
  • Anda boleh juga mencuba minum air teh hijau..Caranya mudah sahaja..Air rendaman teh hijau untuk kegunaan mata tadi masih belum tercemar bukan?Jadi jangan lakukan sebarang pembaziran..Minumlah air tersebut kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita dan kecantikan kulit kita..Jika terlalu pahit, tambahkan 1 sudu teh gula..
Hanya 5 langkah dalam masa 1 jam atau lebih, anda dapat mencantikkan wajah anda dan dapat merehatkan minda anda seketika sambil membelai wajah..Cubalah sendiri okay..

TIPS DARI SAYA: Rendam 1 uncang teh hijau ke dalam air panas..setelah direndam, air tersebut dimasukkan ke dalam botol spray muka yang bersih untuk dijadikan pelindung sinaran UV..hanya spray sedikit air tersebut pada wajah anda sebelum memakai sunblock setiap pagi..Ianya awet muda..;)




16 March 2010

Tips untuk kekal segar walaupun dah lambat

Pernah tak korang mengalami situasi seperti di bawah?
Alamak dah lambat nak pergi kelas..Muka serabai pula..sudahlah ada presentation penting hari ini..tak kan nak buat pembentangan depan kelas dengan muka macam ini?
Okay efi memang selalu sangat2 alami benda macam ini..Tapi still boleh kekal berwajah segar hanya dalam masa 5 minit..Ikut step dibawah..

  • Step 1 - Refresh mata anda dengan Eye Mo yang jenis refreshing punya kemudian sapu toner/penyegar pada wajah diikuti dengan mosturizer dan Eye Cream..Wajah akan tampak lebih segar dan mata akan lebih bercahaya...Masa yang diperlukan adalah 30 saat..
  • Step 2 - Apply your concealer to any dark spot dan pakai foundation..(tips: pakai jenis mineral foundation or concealer sebab ia mudah rata pada permukaan kulit..Gunakan powder brush sebab dia senang nak rata..) Masa diperlukan adalah 1 minit..
  • Step 3 - Gariskan mata anda dengan eyeliner..tak kisah jenis apa pun samada liquid eyeliner, gel liner, pencil eyeliner or stick eyeliner..For me nak senang korang pakai jenis stick or liquid eyeliner yang mudah kering dan tidak comot..apply your eyebrow liner yang paling dekat dengan warna kening asal anda so dia tak nampak asing sangat..Kulit wanita Malaysia biasanya sesuai warna dark choc.. Masa diperlukan hanyalah 45 saat
  • Step 4 - Highlight your brow bone..sapukan warna Cream or peach pada tulang kening supaya ia nampak lebih menyerlah..Masa diperlukan 20 saat
  • Step 5 - Lentikkan bulu mata anda menggunakan sepit bulu mata.. Masa diperlukan 10 saat
  • Step 6 - Pakai maskara mengikut warna kegemaran anda..Ia akan menyegarkan lagi wajah anda..Masa yang diperlukan adalah 30 saat
  • Step 7 - Sapukan blusher berwarna peach atau pink..Masa diperlukan 15 saat
  • Step 8 - Sapukan pelembab bibir dan sapukan sedikit lapisan gincu berwarna pink kerana warna pink akan membuatkan anda kelihatan ceria dan segar di pagi hari..Sapukan juga lip gloss berwarna pink atau sedikit keorenan untuk menceriakan wajah anda..Masa diperlukan adalah 30 saat..
  • Step 9 - Bagi yang memakai tudung, kemaskan tudung anda secantik mungkin..Masa yang diperlukan adalah 1 minit
Dan anda siap ke kelas/tempat kerja..!Mudah kan?









glitter-graphics.com

15 March 2010

Mari belajar cara berjalan dengan bergaya

Salam semua.. Hari ini saya nak cerita sikit pasal perempuan dan gaya berjalan..Pelik sikit tajuk entry kali ini sebab saja nak kongsi pendapat..pernah tak korang tengok orang perempuan berjalan jenis berlenggang?ada juga yang pakai kebaya lawa-lawa, badan pun solid-molid tapi cara jalan??FAIL..!maaf semua..apa yang saya cakap ini memang berlaku dikalangan orang kita..even lelaki pun ada macam2 gaya jalan bukan?eleh tak payah nak tipu..saya tahulah..

Okey, mari kita mulakan sesi cara berjalan dengan bergaya..Cara jalan yang betul adalah:

Berjalan tidak seret kaki..Maksudnya janganlah korang jalan seret kaki dekat jalan raya unless kalau korang memang suka buat kasut/selipar/sandal korang haus dengan cepat..Annoying gila..
Jangan berjalan terlampau berlenggang..Contoh macam nak pergi rumah orang nak ajak bergosip lenggang kangkung jerk jalan..
Jangan membongkokkan badan anda..Ia akan membuatkan korang nampak lemah dan mudah dibuli..
Jangan berjalan terlampau mendada..Macam orang nak berkawad pun ada nanti
Jangan berjalan hentak-hentak kaki kuat-kuat..Cuba kalau duduk rumah kayu..tak macam nak roboh pula rumah itu kalau korang berjalan hentak kaki..
Untuk elakkan rasa penat berjalan, bila setiap kali melangkah, jangan turunkan tumit dahulu tapi turunkan bahagian jari kaki dahulu..Macam jalan tinjit2lah lebih kurang..tapi jangan terlampau sangat..nanti nampak pelik pula..
Berjalanlah dengan santai..Jangan terlampau nak jadi runway model okey..
Cuba selesakan diri memakai kasut tinggi kemana-mana..Bila kita pakai kasut tinggi, kita akan tahu samada kita jalan bersepah atau tidak..maksudnya kalau selalu terpelecok janganlah memandai nak salahkan tumit tinggi sangat ke apa..Itu maksudnya kaki kita yang tidak betul..Cuba praktis selalu ya..!


Okey saya rasa setakat itu saja sesi pembelajaran kita hari ini..Cuba praktis berjalan..Jangan biar orang tengok kita cantik tapi bila berjalan......OUT..!

Salam sayang,
Effie









glitter-graphics.com

12 March 2010

Pelajari bagaimana untuk membuat rawatan muka dirumah

Pernah tak korang teringin nak pergi buat facial treatment dekat mana-mana Beauty or skincare treatment ke apa ke?memang sangat2 mahal..tapi berbaloi..apa taknya..dahlah kulit kita dibelai, hasilnya pun cukup memuaskan hati..

Tapi kita boleh juga buat facial treatment di rumah dengan harga yang jauh lebih murah?Ulang suara..KITA BOLEH BUAT FACIAL TREATMENT DI RUMAH DENGAN HARGA YANG JAUH LEBIH MURAH..!!(sambil menekan shift+huruf2 tadi sebab malas nak tekan CAPS LOCK)

Okay dekat sini saya akan ajarkan step by step macam mana nak buat facial treatment dirumah

[#1] PENCUCI MUKA - Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan wajah anda..cuci kesemua kotoran yang ada diwajah anda seperti make up, minyak dimuka dan sebagainya..Selepas itu, lapkan wajah anda dengan tuala bersih atau facial cotton..

TIPS: kalau tak ada make up removal, just guna baby oil..saya gunakan make up removal from elianto:Deep Sea Makeup Removal or Johnson Baby Oil aloe vera & vitamin E

[#2] SCRUB - Untuk facial treatment di rumah, saya gunakan Homemade Recipies...

Anda perlukan:
# 1 teabag teh hijau / 1 sudu kecil teh hijau
# 3 sudu gula castor (tekstur dia lagi halus daripada gula biasa)
# 1 sudu besar madu/ Baby oil/ yogurt/ Lemon
# 2 Sudu air panas yang baru mendidih

Cara- caranya:
# Rendam teh hijau didalam air panas tersebut dan biar sehingga menjadi suam
# Masukkan 2 sudu gula castor kedalam sebuah bekas
# Setelah teh kembang dan air menjadi sejuk sedikit, masukkan 1 sudu besar air teh hijau itu kedalam gula yang telah diasingkan tadi
# Kacau rata
# Masukkan lebihan gula kedalam campuran tersebut
# Anda boleh memilih samada hendak menggunakan Madu (melembabkan kulit), Baby oil (melembabkan kulit), Lemon (membersihkan kulit) atau yogurt (menenangkan kulit) dan masukkan kedalam campuran itu dan kacau rata
# Gunakan 2 helai kapas, tekapkan pada campuran itu dan sapu rata pada wajah
# Gosok campuran tersebut diatas muka anda..JANGAN gunakan tapak tangan anda kerana ia boleh mencederakan kulit wajah..
# Gosok selama 3 minit..Bilas dengan air suam

TIPS: Jangan buang lebihan teh tadi kerana ia akan digunakan lagi selepas ini

[#3] PENGEWAPAN - Ada pelbagai cara untuk mengewap wajah atau dipanggil steam..Ia bergantung kepada anda..Saya menggunakan Teh hijau untuk steam wajah..

Anda perlukan:
# Facial steamer (or boleh guna besen besar)
# Air panas
# 1 uncang teh hijau

Cara- caranya:
# Rendamkan teh hijau kedalam air panas..bagi yang menggunakan facial steamer, ia mempunyai kelebihan untuk melaraskan suhu kepanasan
# Bagi yang menggunakan besen besar, dekatkan wajah anda dengan besen..jika air terlampau panas, jauhkan sedikit dari wajah anda..Gunakan selimut tebal atau tuala bersih untuk menutup kepala anda supaya air tidak cepat menjadi sejuk
# Biarkan selama lebih kurang 5-15 minit
# Sesudah itu, biarkan selama 2 minit dan lap menggunakan facial cotton

TIPS: Teh hijau sangat berkhasiat untuk anda kerana ia kaya dengan antioksidan dan boleh melambatkan proses penuaan

[#4] MASKER - Masker adalah berlainan untuk setiap jenis kulit..di bawah ini saya akan memberikan cara mudah untuk membuat masker mengikut kesesuaian kulit..

Kulit Berminyak:
# Sapukan sedikit Susu Magnesia dan biarkan hingga kering kemudian bilas dengan air
# Campurkan sebiji pisang yang masak dengan 1 sudu kecil madu, tambahkan sedikit perahan lemon atau oren segar dan sapu pada wajah..Biar selama 20 minit dan bilas dengan sehelai tuala yang direndam dalam air panas..(saya guna cara ini)

Kulit Kering:
# Campurkan 1/2 cawan minyak avocado dengan 1/4 cawan madu (cawan maksudnya cawan standards for baking)

Kulit Normal:
# Campurkan sebiji telur putih, 2 sudu kecil minyak sayuran dan 1 sudu kecil jus epal

Kulit Matang:
# Hanya campurkan 3 sudu besar gula castor dengan 4 sudu besar air suam dan kacau rata

[#5] TUTUP LIANG ROMA ANDA - Selepas wajah anda dibersihkan dari masker wajah, liang2 roma di wajah anda terbuka apabila menjalani proses pengewapan..ia akan menyebabkan bintik hitam terjadi dan kulit wajah anda mudah dimasuki kotoran yang akan menghalang pengeluaran minyak dan menimbulkan jerawat..Jadi untuk menutup liang roma anda, renjiskan sedikit air sejuk ke atas kulit wajah anda..

[#6] PENYEGAR - Sapukan penyegar pilihan anda keatas muka menggunakan kapas muka..Saya hanya gunakan lebihan air teh hijau yang telah direndam untuk penggunaan scrub muka..caranya mudah sahaja..titiskan air teh hijau itu ke atas kapas muka dan lapkan diseluruh wajah anda..Jangan bimbang kerana ia tidak akan meninggalkan kesan melekit..

[#7] TREAT MATA ANDA - Anda mempunyai lingkaran hitam dibawah mata yang dipanggil eyebag?Ia akan menimbulkan kesan yang kurang menyenangkan terutama jika eyebag anda terlalu gelap..Caranya, sapukan sedikit eye cream di sekeliling mata anda..Jangan lupa untuk mengurut sedikit sekeliling mata anda kerana kesan lebam tersebut terjadi kerana aliran darah kurang baik..Jika selalu diurut, ia akan jadi lebih segar dan lingkaran tersebut akan berkurangan..

TIPS: Saya cuma menggunakan uncang teh hijau yang telah direndam tadi (scrub and steam)..Lekapkan uncang tersebut dimata anda dan berehatlah selama lebih kurang 20 minit...

[#8] PELEMBAB - Jangan lupa untuk melembabkan wajah anda..Gunakan Mosturizer cream pada wajah anda untuk kekal lembab sepanjang hari

[#9] MINUMAN - Anda digalakkan untuk minum air selepas melakukan facial treatment..ini kerana air membantu anda untuk mengekalkan kelembapan semulajadi diwajah anda..Nasihat saya minumlah air teh hijau kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula dalam darah, menguatkan sistem imun, menurunkan paras kolesterol, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh..

Cara-caranya:
# Rendam uncang teh hijau dalam air panas
# Kalau boleh jangan tambahkan gula
# Nikmatilah teh hijau anda

Nota Penulis: Bukan mudah untuk kekal cantik dan sihat..cuma perlukan usaha, kekuatan mental dan fizikal dan perlu rajin belajar..






glitter-graphics.com

04 March 2010

serba sedikit tentang penjagaan wajah dan kebersihan kaum lelaki

ramai lelaki sekarang ni dah pandai jaga diri masing2..tapi ada juga segelintir yang masih tak reti2 lagi nak jaga muka, jaga kebersihan diri dan sebagainya..okay dekat sini efi nak bagi serba sedikit pandangan orang perempuan terhadap kaum anda semua..

First...orang lelaki bukanlah satu kesalahan jika anda memakai produk2 kebersihan kulit muka..tak salah langsung pun..tak semestinya orang perempuan je yang boleh pakai..cuba tengok dekat TV sekarang..dah banyak promotion produk penjagaan kulit wajah khas untuk orang lelaki..contohnya macam BIORE FOR MEN emm L'oreal Men Expert pun okay juga kalau anda mampu..perkara pertama yang anda perlu ketahui adalah jenis kulit..jenis kulit orang lelaki tersangat berbeza dengan kulit wanita..so hati2 dengan itu..



okay efi bagi serba sedikit tips tentang kulit lelaki yang efi tahu..lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding wanita..ini kerana kulit lelaki mempunyai lapisan kolagen yang lebih tebal dan epirdemis atau senang cakap mempunyai sel yang lebih banyak..peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit orang lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.. 

kulit lelaki akan jadi lebih sensitif jika selalu menggunakan pisau cukur kerana ia akan menyebabkan kulit anda lebih berminyak dan berjerawat..okay some of facial treatment products ada bahan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit..so  korang kena pastikan bahan2 tersebut tiada bahan tiruan atau bahan kimia yang tinggi..kalau boleh pakai yang jenis natural punya..pH atau keasidan yang normal untuk kulit Asia adalah pH5.5..jika kulit wajah menjadi pedih, mengelupas atau kering sila berhenti memakai produk tersebut..efi sarankan korang beli trial pack dulu or kalau takda trial pack just beli pek yang kecil dahulu so tak terasa rugi sangat kan..


jangan sesekali picit jerawat anda..ramai lelaki kat luar sana yang sangat2 suka picit jerawat..tolonglah jangan lakukan benda tak berfaedah tu..efi cakap camni sebab jerawat hanya akan ada pada kulit kita selama paling lama pun dalam 3 or 4 hari..tapi bila korang dah picit jerawat tu, kotoran yang ada dalam benda tu tak semua sekali keluar..so nanti dia akan terperangkap dalam kulit korang selamanya..itu yang terjadinya kawah2 gunung berapi tu..(sorry if ada yang terasa)

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, anda digalakkan untuk memakai pencuci muka yang seperti gel...normally dia akan bagitahu produk itu untuk kulit jenis apa..kalau tak tahu jangan segan nak tanya dekat promoter..itulah tugas diorang dekat situ..kalau tak pun korang bawaklah kawan perempuan ke..senang sikit nak cari..

Ada sesetengah kulit hanya berminyak di kawasan dahi dan hidung..ini dipanggil T- Zone..tapi dekat pipi korang tak berminyak..kulit jenis ini dinamakan kulit kombinasi..bagi yang mengalami kulit jenis ini, carilah produk yang sesuai dengan kulit kombinasi..

Penggunaan Facial Scrub tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat..ini kerana ia akan melukakan kulit anda..so better untuk kulit berjerawat,cari produk yang sesuai dengan anda seperti Tea Tree atau Oxy..


Okay rasanya cukup untuk penjagaan wajah..sekarang kita pergi pada kebersihan diri..pernah tak tengok orang yang berdaki di bahagian tengkuk?tolonglah okey..tolong jaga kebersihan anda..benda bukan orang lelaki je..orang perempuan pun ada gak yang jenis macam ni..banyak produk dekat pasaran sekarang yang dinamakan body scrub..tolonglah cuba...tak rugi apa2 pun..sekarang ada produk mustika ratu, Guardian body scrub, and macam2lah..cara penggunaan dia, basahkan badan korang..lepas itu tunggu dia kering sedikit..and sapu body scrub pada seluruh badan terutama yang berdaki..jangan gosok kuat sangat..nanti kang tanggal plak kulit tu..just gosok slow2 tapi lama..memang memerlukan masa yang lama tapi memang berbaloi..biasanya memerlukan masa 20 minit..after that korang bilas badan..bukan setakat kulit akan jadi licin tapi bau badan juga akan hilang..try guna sekurang2nya 2 kali seminggu..

Hmm kenapa lelaki susah sangat nak syampu rambut?lepas tu dahlah tak syampu..pakai topi pula tu..kenapa?kenapa?kenapa?tau tak kulit kepala yang berminyak hanya akan mengumpul kelemumur dan bau yang amat dasyat..sekarang kan banyak syampu untuk lelaki..contohnya cam Clear For Men (nama saya rain)jagalah kebersihan rambut anda..huhu

lastly penggunaan deodorant..adoi tak tahannya bila lalu sebelah orang yang ada bau badan..pakailah deodorant..perfume pun digalakkan pakai..kalau nak tahu, orang perempuan sangat suka pada lelaki yang memakai perfume yang berbau segar dan tidak terlampau keras..muka da bersih badan bau segar perempuan pun suka..so rugi ke korang???

okay efi rasa sampai sini saja untuk kali ini..tak larat dah nak taip panjang2..please kaum lelaki..dah banyak produk untuk lelaki di pasaran..anda hanya perlu mencuba..jangan biarkan kekurangan anda membuatkan kami rasa tak selesa untuk berdekatan dengan anda..sorry if i said something that hurt you guys..just want to share some knowledge about this topic..thanx coz reading this entry..


 

01 February 2010

PROMO..!PROMO..!



HARGA ASAL: RM45.00
SEKARANG: RM 30.00
Hijau + Coklat +Loket Kristal
NL001




Rm15.00
NL002
SOLD OUT ..!




HARGA ASAL:RM15.00
SEKARANG: RM12.00

NL003




RM15.00
NL004
SOLD OUT..!



RM15.00
NL005
SOLD OUT..!


RM20.00
NL006
SOLD OUT..!


HARGA ASAL:RM20.00
SEKARANG: RM15.00
NL007




HARGA ASAL: RM20.00
SEKARANG: RM15.00

NL008




HARGA ASAL: RM20.00
SEKARANG: RM15.00

NL009

Bracelet For The Month






RM20.00
25cm
A001




RM20.00
20cm
A002


RM20.00
25cm
A003




RM20.00
20cm
A004



RM20.00
25cm
A005



RM20.00
20cm
A006



RM15.00
20cm
A007

RM40.00
Crystal Blue
Three Tones colour
A008

RM40.00
Pearl and Tiger Eyes
A009