20 November 2011

Puss in Boots memang mengujakan!

Puss in boots known as the most daring swashbuckler, ladies man and all around coolest cat, wasn't always considered destined to rise above his 2-foots stature to become a legendary hero of his day. Raised in a small orphanage, whose only friend was a mischievous egg named Humpty Alexander Dumpty. Puss and Humpty's youthful adventures lead the once-honorable rouge to become a wanted cat. Taking destiny into his own paws years later, the outlaw Puss faces the adventure of a lifetime as he discovers the road to redemption is paved with old enemies, new friends and most importantly, the chance to become the world's most famous boots wearing hero. Source from DreamWorks Animation.

Assalamualaikum. Hahha yepp saya baru balik dari tengok Puss in Boots dekat Gardens. Hmm since the movie still belum fully release yet, so ticket masuk kami berharga RM25 seorang. Okay fine mahal! Hahha but worth it because dia punya aircond memang sejuka gila and plus I'm wearing a baju kurung pergi tengok wayang. Hahha baju kurung? Okay fine saya baru balik dari BN Youth Job Fair dekat PWTC tadi. Pergi PWTC naik LRT. Park dekat Sri Petaling then dah balik dari Sri Petaling baru pergi Gardens naik kereta.

Back to Puss in Boots. Cerita ini memang best sebab mengisahkan tentang persahabatan antara seekor kucing dan sebiji telur. Hahha Humpty Alexander Dumpty adalah sebiji telur adaptasi dari Humpty Dumpty. Puss in Boots ini gelaran untuk Puss yang berjaya mengharumkan nama sendiri dengan membantu ibu kepada komander tempat dieorang tinggal itu. So seorang perempuan bernama Imelda yang dianggap sebagai ibunya ketika di rumah anak-anak yatim itu menghadiahkan sepasang kasut but sebagai tanda penghargaannya.

Korang kena pergi tengok sendiri dekat pawagam berdekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keseluruhan cerita ini. Puss in Boots bakal berada di semua pawagam pada 24hb November 2011. Memang best. Tak rugi tengok. Menggunakan suara-suara mereka yang terkenal. Dia punya jalan cerita pun tak membosankan.

Antonio Banderas plays Puss in Boots

Humpty Alexander Dumpty played by Zach Galifianakis

Billy Bob Thornton and Amy Sedaris as Jack and Jill

Salma Hayek as Kitty Soft Paws

18 November 2011

Definasi batuk, punca dan rawatan tradisional dan moden.

 

Assalamualaikum kawan-kawan. Hurm sesiapa yang add aku kat Facebook sure memang tahu aku tengah mengalami masalah batuk melampau. Hahha serius okay. Tanyalah Encik Yusenze betapa seriusnya saya batuk setiap kali keluar dengan dia. Dia pun dah naik risau tengok saya batuk teruk sangat. So dengan terjadinya kejadian diatas, saya nak tahu kenapa saya batuk. Punca-punca terjadinya batuk. Simptom-simptom awal batuk dan cara untuk mengubati penyakit batuk.

Maksud batuk. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. -Sumber dari Wikipedia-

If in english, A cough is a sudden and often repetitively occurring reflex which helps to clear the large breathing passages from secretions, irritants, foreign particles and microbes. The cough reflex consists of three phases: an inhalation, a forced exhalation against a closed glottis, and a violent release of air from the lungs following opening of the glottis, usually accompanied by a distinctive sound.[1] Coughing can happen voluntarily as well as involuntarily.
-Source of Wikipedia-

Punca-punca:

  1. Demam selesema
  2. Alergi
  3. Merokok
  4. Penyakit Asma/lelah
  5. Jangkitan Saluran Pernafasan
  6. Penyakit paru-paru
  7. Kelemahan jantung
  8. Gemuruh
  9. Asid perut bocor ke dalam kerongkong


Penyakit batuk boleh terbahagi kepada dua iaitu batuk kering dan batuk basah. Kebiasaanya batuk kering tidak mengeluarkan kahak. Ianya boleh menyebabkan tekak anda menjadi gatal. Bagi batuk basah pula, ianya akan mengeluarkan kahak dan menyebabkan anda merasa sesak dan tidak dapat bernafas dengan baik. Warna dan bau kahak dapat membantu doktor atau ahli farmasi untuk mengenalpasti jenis ubat yang sesuai untuk rawatan anda.

Jenis rawatan untuk batuk:
Rawatan Tradisional:-



  • Ambil seulas bawang putih dengan kulitnya dan cucuk dengan garfu. Bakar bawang putih itu diatas api selama 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit sebelum dimakan. Bawang putih berfungsi sebagai sumber antibodi semulajadi dan mempunyai khasiat antioksidan yang bagus. Ia membantu meningkatkan kekuatan tubuh badan kita untuk menghalang penyakit berulang dan boleh dijadikan sebagai makanan untuk awet muda.
  • Rendam sedikit kerak nasi dan minum airnya apabila kerak nasi itu telah kembang. Amalkan setiap pagi.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk dapatkan airnya. Campurkan dengan sedikit gula dan embunkan satu malam. Minum setiap 2 kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu makan madu lebah asli dan campurkan dengan air perahan limau nipis dan minum 3 kali sehari.
  • Ambil sebiji limau Sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.


Rawatan Moden:-


Jenis-jenis ubat yang mengandungi Dextromethorphan, Hydrocodone, Codeine, Ephedrine. 
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak

Ubat yang paling famous untuk student UiTM
Wood's Peppermint Cough Syrup


Breacol for adults and kids



P/S: Until today dah dekat 2 minggu aku batuk tak sudah-sudah lagi. Hmm dada sakit. Perut sakit. Bernafas tak selesa. Sekarang dah cari info berlambak macam ini sure akan aku adaptasikannya. Hehhe. Sumber diambil dari Wikipedia, Google.com dan Petua Tradisional oleh Pemudi. Hope korang dapat sedikit info dari apa yang aku dapat ini.

17 November 2011

Perubahan untuk kebaikan

Assalamualaikum.
Hurmm hari ini dah berapa entry aku update ye? Hahha semangat ke? Bukan semangat mana pun. Sebab dah tak ada benda yang nak dibuat dirumah. Almaklumlah. Aku kan belum mula bekerja lagi. Hahha itulah sebab utamanya. Actually aku bukan suka tak bekerja. Bosan okey bila hari-hari kena menghadap mukabuku, blog, twitter dan ym ini. Penat sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Teruk kan?

Actually aku cuma nak cakap, since aku duduk rumah sewa, erti tanggungjawab dah semakin berat. Duit haruslah jangan boros. Adab sesama housemate haruslah dijaga. Setakat ini belum ada masalah yang besar untuk itu. Aku masih mampu untuk menanganinya. Chewahh ayat!

Solat? Itu yang paling utama. Setakat ini aku belum tinggal solat subuh lagi okey. Alhamdulillah. Bukanlah bermaksud yang selama ini dirumah aku selalu tinggal solat subuh. Tak selalu tapi adalah juga kan. Aku bukannya baik sangat. Well fyi, aku suka tinggal bersama dengan mereka yang tak tinggal solat. Walau seksi mana pun kita, walau penat mana pun kita, solat haruslah dijaga dengan baik.

Aku sebenarnya tak berapa suka mengemas time orang ada dekat rumah. Bukan malas. Tapi aku tak suka orang tengok aku rajin. Hahha. Kau tengoklah bilik aku time orang ramai. Sure bersepah. Tapi by the time orang semua dah pergi kerja and kelas, time itulah aku mengemas. Eventhough masa dekat rumah pun macam itu. Siang hari memang aku bantai tengok tv. Tapi malam-malam time pukul 1 ke atas memang akulah orang yang akan kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air apa semua. Hobi aku memang masak air. Hahha. Dekat rumah JB ada berapa banyak jug air. Malam-malam sure aku penuhkan. Air termos pun ditukar dengan air panas baru. Serius tak tipu okay.


Setiap perubahan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tenang. Tanpa sebarang paksaan kerna setiap perbuatan yang dilakukan itu harus diketahui sebab musababnya mengapa kita perlu berubah.

Bicara dari hati ke jiwa



Hati berbisik. Masihkah aku punya waktu untuk berbicara tentang cinta? Apakah aku akan berhasil untuk mengenal erti cinta sejati sebelum mataku tertutup? Setelah kau pergi meninggalkan diriku, apakah aku masih berpeluang untuk merasai nikmatnya cinta?

Itu mungkin kata-kataku diwaktu dahulu. Disaat kau tinggalkan aku terkontang-kanting meratapi kesedihan seorang diri. Disaat kau berbahagia dengan wanita yang kau puja padahal baru seminggu berkenalan. Alasan kau? Aku tidak memenuhi citarasamu. Mungkin. Atau kau juga tidak layak untukku?

Akan tetapi, dikala keheningan petang yang damai ini, hatiku berbicara sendiri. Alangkah indahnya hidupku. Betapa akulah wanita yang paling beruntung kerana dapat melepaskan diri dari genggamanmu. Kerna disaat ini aku bahagia dengan si dia.

Si dia yang begitu memahami diriku. Si dia yang sentiasa ada disaat aku memerlukan pertolongan. Si dia yang sedia menghulurkan bantuan emosi denganku. Aku bahagia dengan cintamu. Aku gembira dengan kehadiranmu. Sesungguhnya, aku bertuah dipertemukan denganmu. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang berharga seperti ini.

"Ya Allah, aku bersyukur diatas nikmat cinta yang Kau berikan pada kami. Aku mohon agar perhubungan ini dapat kekal sehingga ke akhir hayat kami. Amin"

Aku kurang gemar bergambar



Assalamualaikum semua. Thanx coz still sudi nak baca blog aku nie. Hahha pening korang kan. Kejap aku, kejap saya, kejap kita, kejap bahasakan diri Fi je. Hahha yang penting penulisnya tetap sama. Hahha okay enough!


Hmm aku sebenarnya memang kurang gemar bergambar. Apatah lagi kalau ditempat awam. Hahha kau pemalu ke Cik Effie? Tak ada maknanya. Serius. Aku bukan jenis yang suka pose dekat public spot. Almaklumlah. Aku nie bukannya stylo mylo nak interframe kat tengah orang ramai. Hahha.


Kalau adik aku si Nienaa Nienot tuh memang ye. Pantang ada port cantik for sure dia suruh aku tangkap gambar dia. Sebab tuh kalau kau tengok FB aku ke blog aku ke mana ada banyak gambar aku kann. Aku memang tak suka. Muka dahlah tak photogenic. Buruk gila. Nak2 kalau candid. Memang aku removed friends kalau korang letak gambar candid aku yang buruk tuh.


Aku pun tak tahu nape aku tak suka ambil gambar. Tapi kalau dengan budak-budak yang kepala gila pose ramai-ramai kat public then ajak aku join sekaki memang aku join jugalah. Itu kalau aku tengah gila. Hahha. Okaylah. Takat nie dulu ye. Till meet again. Daa.


P/S: Gegambar yang aku tampal kat blog nie kalau takde credit nama blog aku kat gambar tuh sure memang aku ambil kat Encik Google. Malas nak bubuh credit. Faham-faham sendiri lah ye. Emm biasanya kalau gambar itu adalah gambar yang aku sendiri tangkap and ada dalam folder kat laptop aku memang aku tak letak backlinks. Yang ada backlinks semua curi dari Google.

16 November 2011

#1 Saya tak suka shopping online.

Salam sejahtera. Online shopping? Some people will love it. But for me? No I don't. Sebab saya memang boleh dikategorikan sebagai cerewet. Orang cerewet macam saya memang tak banyak baju. Hahha sebab memilih sangat. Saya tak suka shopping baju online sebab saya suka tengok material kain itu dahulu. Kadang-kadang dalam online nie bukan boleh percaya sangat kan. Cakap hebat tapi kualiti takde. Tak semua.



Saya kalau nak pilih baju memang suka try dahulu. Sebab ada parts of my body yang memang tak berapa nak menarik. So kena pilih betul-betul. Hmm cerewet tak?



Actually saya tak suka baju perempuan. Hahha serius okay. Melekat-lekat dekat badan. Kalau yang besar pula pendek. Sengal je kan. I'm just a simple girl. With a lil bit makeups on my face, flat shoes by Vincci, faded boot cut jeans, and boy Tee. Hahha. Serius memang suka macam itu. T-shirt lelaki nie selesa. Tak ketat. Tak pendek. Sedang elok ah kan. Saya biasa beli size S or M. Its suit me well.



Jarang ah anda nampak saya dengan baju girly2 ngan heels and beg bunga-bunga plus shawl warna-warni. Hahha korang pakai maybe cantik tapi aku tak minat nak pakai. Nantilah nak berubah. Nak try beli baju online and jadi girly2 sikit. Umur dah 25 kannnn. Kena berubah jadi wanita. Hahha. Diam!

JB --> Shah Alam



Salam.
Yepp dah pindah.
Setakat nie kerja belum confirm lagi.
But memang nak duduk area sini.
At first cuak coz tak pernah duduk menyewa.
But bila tengok cara housemate semua,
Memang best.
Boleh dikatakan saya memang dapat housemate yang baik.
Akma yang peramah.
Sue yang cantik and happening.
Fatin yang lembut berbicara.
Kak Nadia yang memahami.
Complete set.
Hehhe.


P/S: Hormat orang lain jika mahu diri dihormati.

11 November 2011

Busy

Bit busy.
Pack all the stuff.
Hmm~