Showing posts with label Random Story. Show all posts
Showing posts with label Random Story. Show all posts

27 May 2012

Weddings!


Hello there. Yepp me back again. School holiday? Okay its great. Will gonna have a lots of fun. Lots of travelling. But for me? Nah. Me just waiting for my family. They'll be here by next week InsyaAllah. Okay cut the craps. Just straight to the point.

Actually I've got a lots of wedding invitations. Yepp. A lots. Its not typo. Friends. Families. Uitm's friends. Schoolmates. Classmates. Ex-officemates. Ex-boyfriends. Okay start counting! But sincerely, I can't join them! Sigh. A lots of work. Got no time for myself either. Sorry for me.

So, I'll dedicate this quotes for my friends who are getting married/engaged/just married. Its a simple quotes about love. (Yeah I do love quotes!)

Dear friends/families,

Congratulations on your wedding day.
May your life will be much better than today.
Hope all your dreams come true.
I'm sorry cause I can't join you guys.
Share the love and laugh together.
Hoping that it will be long lasting.

Last but not least,
"Lean on each other's strenghts; and forgive on each other's weaknesses"

the most important thing is, just be happy.

28 November 2011

Random Story

Assalamualaikum.
Maaf kerna telah mengabaikan blog ini buat seketika. Hurm actually aku baru je dapat tawaran bekerja. Hari itu aku dah update kan pasal ini? Actually busy sikit nak menguruskan diri. Aku duduk dekat Shah Alam sekarang ini. So kena cepat biasakan dirilah kan.

Rumah aku kira agak jauhlah nak pergi tempat kerja. Plus dekat sana tak ada sedia bus or cab pun mahal gila kot. So that's why for the time being, aku tumpang kawan aku dulu. Hahha. Kawan kah? At first masa aku interview dekat tempat itu haritu, aku rasa tak sedap hati sebenarnya. Sebab aku sure gila ah aku tak akan dapat kerja itu. Sebab masa interview aku tak buat yang terbaik kot. Tak expect pun soalan-soalan dia itu. For surelah fully english. Agak guguplah sebab yang interview itu chinese perempuan dua orang.

And then after interview aku terus pergi cari job lain. Ada satu tempat dekat tempat akak sepupu aku. Ada kosong dekat situ. Dah hantar resume semua. Tapi senyap je. Then aku decide nak duduk Bangi sementara nak dapat kerja tetap. Stay rumah aunty aku and kerja dekat kedai dobi uncle aku. Dapatlah satu hari RM50. Hehhe loaded gak tuh. Tapi kerjanya penat. Banyak berdiri then tangan kena kuat. For first 2 days aku kerja tangan aku sakit gila. Sampai macam tak boleh genggam sebab terlampau penat.

Weekend itu aku pergi BN Job Fair dekat PWTC. Hmm quite good. But aku tengok those girls memang macam pergi main-main je kot. Dengan blouse bunga-bunga shawl rambu-ramba. Cuba fikir ada tak orang nak amik kerja kalau pakai macam itu? Yang lelaki okaylah sebab most of them pakai seluar slack and kemeja and ramai yang siap pakai necktie. Quite nice isn't it? Nampaklah serius sikit nak cari kerja. Aku ada apply dekat Menara Sentul. Actually dia ada training dulu for 6 months and then after that dia akan serap masuk kerjalah. For the first 6 months, dapat RM1500 and kalau performance okay, dapat bonus maximum RM400. Aku apply situ. Macam-macamlah lagi aku apply.

Hurmm aku memang mula-mula dah tahu yang aku tak akan dapat kerja dekat Comintel itu sebab my housemate yang recommend kerja situ dah bagitahu memang aku tak dapat kerja situ. But then hari apa entah Nurul from HR department call aku. Dia cakap ada kesilapan teknikal sebenarnya. And aku dapat kerja itu. And I said "Woah thanx a lots!" Memang teruja gila kot.

Aku kena lapor diri 5hb Disember 2011. Akaun bank dah buat. Medical Checkup dah siap. Tinggal nak ambil gambar passport je nie. Huhhu ingat nak pergi hari ini tapi memikirkan yang muka aku tengah serabai gila nie so aku tangguh dululah. Maybe hari rabu kot aku pergi. Huhhu.

Okaylah. Itulah full update tentang kerja aku. Hahha. Okay bye!

17 November 2011

Perubahan untuk kebaikan

Assalamualaikum.
Hurmm hari ini dah berapa entry aku update ye? Hahha semangat ke? Bukan semangat mana pun. Sebab dah tak ada benda yang nak dibuat dirumah. Almaklumlah. Aku kan belum mula bekerja lagi. Hahha itulah sebab utamanya. Actually aku bukan suka tak bekerja. Bosan okey bila hari-hari kena menghadap mukabuku, blog, twitter dan ym ini. Penat sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Teruk kan?

Actually aku cuma nak cakap, since aku duduk rumah sewa, erti tanggungjawab dah semakin berat. Duit haruslah jangan boros. Adab sesama housemate haruslah dijaga. Setakat ini belum ada masalah yang besar untuk itu. Aku masih mampu untuk menanganinya. Chewahh ayat!

Solat? Itu yang paling utama. Setakat ini aku belum tinggal solat subuh lagi okey. Alhamdulillah. Bukanlah bermaksud yang selama ini dirumah aku selalu tinggal solat subuh. Tak selalu tapi adalah juga kan. Aku bukannya baik sangat. Well fyi, aku suka tinggal bersama dengan mereka yang tak tinggal solat. Walau seksi mana pun kita, walau penat mana pun kita, solat haruslah dijaga dengan baik.

Aku sebenarnya tak berapa suka mengemas time orang ada dekat rumah. Bukan malas. Tapi aku tak suka orang tengok aku rajin. Hahha. Kau tengoklah bilik aku time orang ramai. Sure bersepah. Tapi by the time orang semua dah pergi kerja and kelas, time itulah aku mengemas. Eventhough masa dekat rumah pun macam itu. Siang hari memang aku bantai tengok tv. Tapi malam-malam time pukul 1 ke atas memang akulah orang yang akan kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air apa semua. Hobi aku memang masak air. Hahha. Dekat rumah JB ada berapa banyak jug air. Malam-malam sure aku penuhkan. Air termos pun ditukar dengan air panas baru. Serius tak tipu okay.


Setiap perubahan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tenang. Tanpa sebarang paksaan kerna setiap perbuatan yang dilakukan itu harus diketahui sebab musababnya mengapa kita perlu berubah.

Aku kurang gemar bergambar



Assalamualaikum semua. Thanx coz still sudi nak baca blog aku nie. Hahha pening korang kan. Kejap aku, kejap saya, kejap kita, kejap bahasakan diri Fi je. Hahha yang penting penulisnya tetap sama. Hahha okay enough!


Hmm aku sebenarnya memang kurang gemar bergambar. Apatah lagi kalau ditempat awam. Hahha kau pemalu ke Cik Effie? Tak ada maknanya. Serius. Aku bukan jenis yang suka pose dekat public spot. Almaklumlah. Aku nie bukannya stylo mylo nak interframe kat tengah orang ramai. Hahha.


Kalau adik aku si Nienaa Nienot tuh memang ye. Pantang ada port cantik for sure dia suruh aku tangkap gambar dia. Sebab tuh kalau kau tengok FB aku ke blog aku ke mana ada banyak gambar aku kann. Aku memang tak suka. Muka dahlah tak photogenic. Buruk gila. Nak2 kalau candid. Memang aku removed friends kalau korang letak gambar candid aku yang buruk tuh.


Aku pun tak tahu nape aku tak suka ambil gambar. Tapi kalau dengan budak-budak yang kepala gila pose ramai-ramai kat public then ajak aku join sekaki memang aku join jugalah. Itu kalau aku tengah gila. Hahha. Okaylah. Takat nie dulu ye. Till meet again. Daa.


P/S: Gegambar yang aku tampal kat blog nie kalau takde credit nama blog aku kat gambar tuh sure memang aku ambil kat Encik Google. Malas nak bubuh credit. Faham-faham sendiri lah ye. Emm biasanya kalau gambar itu adalah gambar yang aku sendiri tangkap and ada dalam folder kat laptop aku memang aku tak letak backlinks. Yang ada backlinks semua curi dari Google.

16 November 2011

#1 Saya tak suka shopping online.

Salam sejahtera. Online shopping? Some people will love it. But for me? No I don't. Sebab saya memang boleh dikategorikan sebagai cerewet. Orang cerewet macam saya memang tak banyak baju. Hahha sebab memilih sangat. Saya tak suka shopping baju online sebab saya suka tengok material kain itu dahulu. Kadang-kadang dalam online nie bukan boleh percaya sangat kan. Cakap hebat tapi kualiti takde. Tak semua.



Saya kalau nak pilih baju memang suka try dahulu. Sebab ada parts of my body yang memang tak berapa nak menarik. So kena pilih betul-betul. Hmm cerewet tak?



Actually saya tak suka baju perempuan. Hahha serius okay. Melekat-lekat dekat badan. Kalau yang besar pula pendek. Sengal je kan. I'm just a simple girl. With a lil bit makeups on my face, flat shoes by Vincci, faded boot cut jeans, and boy Tee. Hahha. Serius memang suka macam itu. T-shirt lelaki nie selesa. Tak ketat. Tak pendek. Sedang elok ah kan. Saya biasa beli size S or M. Its suit me well.



Jarang ah anda nampak saya dengan baju girly2 ngan heels and beg bunga-bunga plus shawl warna-warni. Hahha korang pakai maybe cantik tapi aku tak minat nak pakai. Nantilah nak berubah. Nak try beli baju online and jadi girly2 sikit. Umur dah 25 kannnn. Kena berubah jadi wanita. Hahha. Diam!

JB --> Shah Alam



Salam.
Yepp dah pindah.
Setakat nie kerja belum confirm lagi.
But memang nak duduk area sini.
At first cuak coz tak pernah duduk menyewa.
But bila tengok cara housemate semua,
Memang best.
Boleh dikatakan saya memang dapat housemate yang baik.
Akma yang peramah.
Sue yang cantik and happening.
Fatin yang lembut berbicara.
Kak Nadia yang memahami.
Complete set.
Hehhe.


P/S: Hormat orang lain jika mahu diri dihormati.

11 November 2011

Busy

Bit busy.
Pack all the stuff.
Hmm~

i love my belog.

Assalamualaikum. Terima kasih sebab ada lagi pihak yang masih sudi membaca blog ini. Kadang-kadang saya terfikir. Kesian korang sebab tak dapat input yang best dekat blog ini. Saya bukanlah Hanis Zalikha yang pandai bermain kata dan memberi tips menarik. Saya bukan juga Fatin Liyana yang selalu menceritakan kisah-kisah hidup seorang pelajar medic di perantauan. Saya bukan Hana Tajima yang pandai berfesyen. Dan yang pasti, saya hanya seorang insan biasa yang sukakan kesederhanaan.


Kenapa saya sayang blog saya? Sebab disini saya dapat bercerita tanpa had. Tak semua orang akan sudi mendengar segala luahan hati kita. Semestinya kalau kita bercerita dengan sesuatu yang tidak bernyawa, kita sendiri akan bosan. Tapi saya tidak. Di blog saya boleh luahkan apa sahaja. Marah? Gembira? Teruja? Segala-galanya saya luahkan disini.


Blog ini sudah lebih setahun usianya. Namun saya masih tidak pernah bosan. Adakalanya saya terlupa akan kehadirannya akan tetapi, sayang itu masih ada.


Terima kasih Encik Blog sebab sudi mendengar cerita saya.

09 November 2011

Short Update

Going to Shah Alam this Sunday.
Interview session on Monday 9am.
Wish me luck.
Bye.