Showing posts with label Engagement Preparation. Show all posts
Showing posts with label Engagement Preparation. Show all posts

30 April 2013

Kurang 2 bulan

Assalamualaikum,

Hai semua. Serius kurang lagi 2 bulan nak bertunang nie. Dup dap dup dap je rasa. Yelah. Sampaikan ke belah lelaki pun aku yang kena siapkan checklist, cari hotel semua kan. But Alhamdulillah everything goes well.

Well dah namanya kurang 2 bulan lagi kan. So masa inilah nak mencantikkan kulit wajah dan kulit badan. So tak lah masa nak sarung cincin tu tangan kasar je. Kulit pun kusam tak bermaya. Sebab aku memang tak nak pakai make up tebal-tebal time tu. Make up pun aku suruh adik aku pakaikan nanti. Setel.

27 April 2013

Tips untuk bakal pengantin perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan

Assalamualaikum,

Hari ini niat di hati nak bagi tips serba sedikit untuk bakal-bakal pengantin diluar sana. Terutama sekali bagi bakal pengantin perempuan. Haaa nak tahu kenapa tips ini ditujukan khas buat anda? Jom scroll bawah.

Checklist 
Hai! Inilah benda yang paling penting sekali. Nak rancang sesuatu majlis, kita wajib ada checklist sendiri. Tak kisahlah samada checklist untuk Majlis Sambutan Hari Jadi atau majlis yang lagi besar seperti Majlis Perkahwinan. Mesti korang tak nak tengok keadaan yang kelam kabut huru hara itu tak cukup, ini tak cukup masa korang bersanding nanti kan? Checklist ini banyak jenisnya. Ada yang buat checklist 6 bulan sebelum, 2 minggu sebelum dan ada juga yang senaraikan semua yang harus dibeli/dibuat oleh pihak lelaki/pihak perempuan mengikut majlis iaitu Malam Berinai, Pernikahan, Sanding dan Bertandang. Terpulang mengikut kesenangan dan kefahaman korang. Yang penting setiap perkara harus diletakkan ke dalam checklist masing-masing.

Survey Harga

Perbandingan harga antara kedai-kedai atau butik-butik itu memang wajib dilakukan. Bukan apa. Kadang-kadang bila kita fikir oh butik ni kawan kita punya. So mestilah dia akan bagi kita harga murah gila dari butik lain. Woaahhh jangan fikir begitu. Manalah tahu sebelum ini tanpa korang sedar korang pernah terkecilkan hati dia ke apa, masa inilah dia balas dendam ke kan? Who knows! SO eventhough butik itu milik rakan baik korang, korang tetap kena survey harga dengan butik-butik lain dulu. Manalah tahu baju dekat butik lain lagi lawa ke atau pakejnya lagi murah ke kan? Siapa tahu..!

Pengagihan Tugas
Ini penting. Jangan semua benda kita seorang nak handle. Mana nak fikir tentang baju lagi, mana nak fikir tentang duit hantaran lagi kan. Jadi, bila korang dah agihkan tugas pada ahli keluarga korang, korang boleh rasa lega. Taklah masa dekat atas pelamin nanti muka korang stressed dan penat. Tak naik serinya nanti. Tips tambahan di sini, jangan terlampau berharap yang mereka akan sponsor untuk majlis korang. Hulur-hulurlah duit untuk mereka dan tetapkan tema yang korang nak. Jangan terlampau lembut hati nak ikut sahaja kata mereka. Contohnya kalau korang minta Ibu Saudara korang handle bahagian door gift dan budget korang untuk door gift hanya RM1000. So samada korang belikan barang-barang untuk door gift itu kepada ibu saudara korang dan minta bantuan dia untuk packing barang tersebut atau kalau korang percayakan dia untuk beli barang2 door gift itu.

Manjakan Diri
Bagi mereka yang berkemampuan, boleh pergi ke spa untuk sesi urutan dan kecantikan. Tapi bagi mereka yang budget ciput, korang jangan berkecil hati. Sebab masih ada cara lain untuk kelihatan cantik di hari perkahwinan korang cuma kena ada effort yang lebih. Aku suggestkan korang beli Lulur Bunga Tanjung dan Scrub Badan dekat kedai Jamu biasa ada benda-benda nie. Minta bantuan adik korang atau kawan-kawan korang untuk lulur badan korang di rumah. Dah boleh jimat banyak dekat sini. Lakukan seminggu 2 kali. Buang daki-daki belakang badan korang tu. Segala jenis warna hitam yang bertompok dekat badan korang tu pun boleh hilang sekali. Rajin-rajinkanlah diri untuk buat facial treatment sendiri di rumah. Klik SINI untuk ikut cara aku.

25 April 2013

Budget Pertunangan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Checklist untuk pertunangan dah siap. Semuanya berjalan dengan lancar. Kiteorang decide tak nak dulang hantaran banyak2. Cukuplah yang wajib saja. Yang penting, baju nikah kena ada, cincin tunang dan risik kena ada. Sirih Junjung/Tepak Sireh pun wajib ada. Selebihnya, kalau ada rezeki lebih baru kiteorang beli.

Bagi sebelah aku, kira agak beruntung sikit sebab 3 barang untuk dulang hantaran disponsor oleh Ibu2 Saudara aku. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku dapat jimat dekat RM500 dekat situ. Door gift untuk tetamu juga Mak Anjang aku yang sponsor. 200 packs untuk tetamu, 50 packs untuk kanak-kanak. Dan yang paling penting, untuk katering, aku dah tak perlu risau sebab mak ngah dan ayah ngah akan sponsor everything termasuk untuk makan tengahari kami nanti (sebab Majlis Pertunangan akan dibuat pada waktu petang).

Apa yang perlu aku risaukan adalah Baju Nikah, Cincin Tunang dan Cincin Risik serta dulang hantaran dari Wan. Alhamdulillah sekali lagi. Bersyukur sangat-sangat sebab aku tak jadi beli cincin bulan lepas. Kiteorang akan beli 2 bentuk cincin hujung bulan ni. Nak tahu kenapa? Sebab last month, harga emas adalah RM195 segram. Sekarang cuma RM155 segram. Untuk tak untung? Itulah namanya berkat dari kita bersabar sedikit. Hehhe.

Baju nikah juga akan dibeli hujung bulan ini. Untuk baju aku, aku nak cari kain chiffon dan kain lace. Untuk veil aku tak jumpa lagi jenis yang cantik. Kiteorang nak pergi Jakel weekend nie. Memandangkan Jakel tengah buat offer untuk baju raya. So agak beruntung jugalah kan disitu. Untuk baju nikah Wan, aku nak beli Baju Melayu siap dengan Sampin dekat Jakel juga. Hihhi.

Untuk Majlis Pertunangan kiteorang ini, kiteorang cuma sediakan RM5000 termasuk kos family Wan datang Shah Alam dan Hotel Penginapan dieorang nanti. Hopefully tak lebih dari itu. :-)

22 April 2013

Engagement #2: Toiletries for Men

Last Saturday aku and Achik aku pergi Mid Valley. Misi utama adalah untuk mencari toiletries and perfume for my bakal tunang. Memang dah target kalau dekat Crabtree & Evelyn tak ada yang berkenan, kiteorang target nak pergi Body Shop. At first after brunch and cari baju lengan panjang Achik aku, kiteorang terus shoot ke Crabtree & Evelyn (C&E).

Punyalah nak kata barang perempuan memang banyak. Kau bayangkan dalam satu kedai yang ada 6 ke 7 rak tu, cuma ada 1 rak je yang tulis Men's Section. Tapi Alhamdulillah nasib baik jumpa juga. Dapat Perfume Nomad, Body Wash and Shave Cream. Tapi aku rasa next week aku nak pergi cari lagi. Nak cari After Shave Cream and tambahan sikit2 lagi.

Thanks to achik aku sebab sponsor toiletries nie. Huhhu. Kena RM230. Tapi SA tu cakap kalau cukupkan RM250, dapat 1 buku C&E. Cantik gila weyh. So Achik offer hand cream. And I've got 1 small hand cream from Wisteria yang cinonet harga RM30.00. So total RM260.00. Alhamdulillah. Selesai 1 dulang.


19 April 2013

Engagement #1: Checklist Barang Hantaran Pertunangan

Kepada pihak lelaki:

1. Sireh Junjung
2. Baju Melayu dan Sampin
3. Kek Lapis
4. Toiletries dan Perfume
5. Sejadah dan Kain Pelekat
6. Kuih dan Manisan
7. Buah-buahan

Kepada pihak perempuan:
1. Tepak Sireh
2. Cincin (Risik dan Tunang)
3. Baju Nikah
4. Buah-buahan
5. Kek Lapis Sarawak