Showing posts with label Engagement Countdown. Show all posts
Showing posts with label Engagement Countdown. Show all posts

09 May 2013

50 Hari Lagi

Assalamualaikum,

Diam tak diam, tinggal 50 hari lagi nak bertunang. Mungkin pada sesetengah orang akan fikir, eleh bertunang je pun. Taaaapi aku tak. Sebab aku jenis yang pantang tengok majlis jadi kelam kabut. So dari sekaranglah aku kena sibukkan diri fikir pasal benda nie semua. Bila lagi seminggu nak tunang, aku dah malas nak fikir apa lagi dah.

Okay checklist! Barang hantaran 80% dah siap beli. Tinggal tunggu acu dan mak anjang punya barang yang belum dapat lagi. Dieorang masing-masing sponsor satu dulang. Tapi tak apa. Masih ada masa lagi. Sebab aku akan hantar semua barang hantaran pada Mak Emi 2 minggu sebelum bertunang untuk digubah dalam dulang hantaran.

Hantaran yang Wan akan bagi pada aku semua dah settle. Kek pun dah order dari www.prettysmallbakery.biz dan self pick-up sehari sebelum majlis. Tak sabar nak tengok hasilnya...!

Hujung bulan nie aku plan nak pergi Nilai 3 beli barang hiasan untuk dulang hantaran Wan dengan Kak Suzanne. So everything akan dibeli pada hari itu. In Sha Allah.

Pening juga kepala nak bertunang nie kan. Yelah. Mau tak pening. Wan punya bahagian pun aku yang kena fikir. Dia hulur duit je. Hadoihh. Nasib baik duitnya dia hulur. Next month dah kena settlekan bahagian baju family pula. Aku kena cari baju melayu untuk Ayah dan Afiq, tudung untuk ibu dan Najwa, Baju si kecik tiga orang ni Aqil, Qhalisya dan Naqaie, Baju Kurung untuk Adik Nurul dengan Umi Wan. Huhhu. Bertambah pening nanti.

Ouh lupa nak bagitahu korang. Aku dah tempah baju tunang aku dah. Jauh wehhh sampai ke Bangi aku pergi. Tapi murah. Aku guna kain satin untuk buat dress sebelah dalam dari atas sampai kaki. Kain Lace tu aku buat kurung moden. Maknanya baju tu akan jadi 2 helailah. Dah siap nanti aku post gambar ye sayangs semua. Murah sangat sebab dia caj aku RM150.00. Baju kurung Qhalisya RM35. So total RM185.00.

30 April 2013

Kurang 2 bulan

Assalamualaikum,

Hai semua. Serius kurang lagi 2 bulan nak bertunang nie. Dup dap dup dap je rasa. Yelah. Sampaikan ke belah lelaki pun aku yang kena siapkan checklist, cari hotel semua kan. But Alhamdulillah everything goes well.

Well dah namanya kurang 2 bulan lagi kan. So masa inilah nak mencantikkan kulit wajah dan kulit badan. So tak lah masa nak sarung cincin tu tangan kasar je. Kulit pun kusam tak bermaya. Sebab aku memang tak nak pakai make up tebal-tebal time tu. Make up pun aku suruh adik aku pakaikan nanti. Setel.

29 April 2013

60 Hari Lagi

Assalamualaikum,

Diam tak diam tinggal lagi 60 hari lagi. Fuh fuh fuhhh..! Nafas turun naik. Lega tak lega jugalah. Semalam kiteorang pergi Subang Parade. Tujuan asal adalah untuk mencari cincin risik sahaja plus tengok wayang cerita Ironman 3. Best oh! Fikirkan budget untuk beli 2 cincin macam tak cukup, so memang ingat nak beli Cincin Risik je dulu. Tapi Alhamdulillah harga emas tengah murah sekarang nie. RM144 per gram. SO kiteorang decide terus beli 2 bentuk cincin sekali gus.

Untuk cincin risik, kiteorang pilih cincin belah rotan yang sangat simple dekat Poh Kong. Harga setelah ditolak diskaun semua RM250.00. Worth it sangat. Tapi dekat Poh Kong tak ada cincin batu yang aku berkenan. Kalau ada pun harga cecah RM900. Itupun design ala kadar. Jadi dekat Poh Kong aku cuma beli cincin belah rotan sahaja.

After that kiteorang berarak ke Tomei pulak. Belek punya belek, mujurlah aku bawa si Najwa. Mata dia lagi tajam dalam bab pilih memilih nie. Aku dapat juga cincin yang aku nak. Berbatu satu dan design dia sangat menarik. It cost me at first RM659. After discount it comes to RM600 only. Tapi aku kena kecilkan sedikit saiznya. dari saiz 14 ke saiz 11. It tooks only less than 1 hour to settled. Than Qhalisya nak kiteorang belikan Earrings for her. Nak earrings love katanya. Nasib baik jumpa jugak. Just a small cute little tiny love shape for her. It cost RM160. So total up to RM760. Than I asked the SA to give us another RM10.00 discount. So total figure is only RM750 for both.

Kesimpulannya aku dapat 2 bentuk cincin dengan harga cuma RM840.00 sahaja dari Poh Kong dan Tomei! Alhamdulillah sekali lagi. Dapat jimat duit lagi!!