23 April 2013

PRU13


Assalamualaikum.

Jujur aku cakap, ini kali pertama aku mengundi. Itu pun nasib baik aku sempat daftar undi masa Youth Fair tahun 2011 hari itu. Serius. Aku memang tak minat politik. Aku bukan jenis kaki politik ke sana ke mari membincangkan tentang hal-hal politik. Itu tak betul, ini tak benar. Solat dia tak dapat pahala, masuk parti ini dapat pahala semua. That's so not me.

Tapi tapi tapiii, itu bukanlah bermakna yang aku ini buta politik 100%. Cuma aku bukanlah jenis yang tetap seikhlas hati dunia dan akhirat akan menyokong satu parti sahaja. Woah that's so not me buat kali kedua!

Yang betul, aku sokong. Yang salah aku tak nak campur. Yang bercakap besar tapi hasil tak ada pun tak guna  Yang kaki kelentong lagilah tak guna. Yang dipersalahkan walaupun dia betul pun kesian juga.

Tapi apa-apa pun, aku bukanlah penyokong tegar satu-satu parti politik itu. Biarlah apa yang aku sokong itu kerana beliau layak untuk disokong atau pun beliau sememangnya layak untuk digelar sebagai Wakil Rakyat. Wakil untuk suara-suara rakyat. Itu yang aku mahu dan aku tahu, itu juga yang anda mahu.

Psssst: Biar apa pun warna kulitnya, biar dari mana pun asal usulnya, biar sekaya mana atau semiskin mana orang itu, semuanya sama di sisi Allah. Kita cuma manusia biasa. Kita cuma hidup untuk sementara sahaja di bumi kepunyaan Allah SWT. 

Diet story

Assalamualaikum,

For this past few months, selera makan aku semakin bertambah-tambah. Badan pun naik mendadak. Sampai semua orang tegur aku dah gemuk. Okay! Sentap. Tapi nak buat macamana. Itulah hakikatnya. Bulan December tahun lepas aku timbang still 54kg. By the time aku demam teruk hari tu turun 2kg. But now, guess what!?! 60kg without failed! Cilakak sungguhlah.So dalam tempoh dua bulan ini aku kena diet bersungguh-sungguh. Huhuhu T.T

Serious wehh berat aku memang macam itu sekarang. Misi utama aku adalah katakan tidak pada nasi. Tapi kan, bila jadi rakyat Malaysia ini, sungguhlah susah nak elak makan nasi. At first aku try tak makan nasi masa makan tengahari. Ayam pun dah tak ada masa lunch aku. Aku kena ambil ikan dengan sayur. First day, masih boleh bertahan. So up till now dah dekat nak dua minggu aku tak makan nasi dan ayam masa lunch. Alhamdulillah.

Actually aku pun dah tak makan nasi lemak untuk breakfast lagi dah. Huhhu. Kadang-kadang beli mee goreng. Tak pun just makan kuih. Faktor tak sempat nak habiskan breakfast pun membantu juga. Hehhe. Dinner aku susah nak kurang makan. Tambahan pula masa makan malam biasanya akan masak sendiri atau makan dekat kedai. Faham-faham jelah kan kalau kita dah makan dekat kedai tu, biasanya kita akan jadi rambang mata bila tengok menu yang bergambar ni. T.T

Sebenarnya aku dah lama tak pergi gym untuk workout. Mana sempat. Dengan kerja lagi. Sabtu dan Ahad jelah masa untuk aku mengemas rumah, nak survey barang-barang semua. Masalah paling besar, gym yang biasa aku pergi tu dekat Seksyen 7. Dan dia hanya buka hari Isnin sampai hari Sabtu. Hari Sabtu pula setengah hari. Heishhh sengal. Patutnya bukalah setiap hari kan. At least Ahad tu aku ada juga masa nak pergi gym ke hape.

Now berat aku baru turun 1kg. Hopefully by end of June, aku akan dapat capai berat yang aku nak. Uhukkk!

22 April 2013

Engagement #2: Toiletries for Men

Last Saturday aku and Achik aku pergi Mid Valley. Misi utama adalah untuk mencari toiletries and perfume for my bakal tunang. Memang dah target kalau dekat Crabtree & Evelyn tak ada yang berkenan, kiteorang target nak pergi Body Shop. At first after brunch and cari baju lengan panjang Achik aku, kiteorang terus shoot ke Crabtree & Evelyn (C&E).

Punyalah nak kata barang perempuan memang banyak. Kau bayangkan dalam satu kedai yang ada 6 ke 7 rak tu, cuma ada 1 rak je yang tulis Men's Section. Tapi Alhamdulillah nasib baik jumpa juga. Dapat Perfume Nomad, Body Wash and Shave Cream. Tapi aku rasa next week aku nak pergi cari lagi. Nak cari After Shave Cream and tambahan sikit2 lagi.

Thanks to achik aku sebab sponsor toiletries nie. Huhhu. Kena RM230. Tapi SA tu cakap kalau cukupkan RM250, dapat 1 buku C&E. Cantik gila weyh. So Achik offer hand cream. And I've got 1 small hand cream from Wisteria yang cinonet harga RM30.00. So total RM260.00. Alhamdulillah. Selesai 1 dulang.


Ku seru pakcik mood.....

Assalamualaikum

Adeh dah nak habis bulan April. Mood untuk menaip di blog makin lama makin hilang. Dah seru dah tapi tak muncul-muncul juga. Kena panggil pawang lain agaknya untuk seru pakcik mood nie. Blog nie pun dah makin berhantu dah. Hahha

Disebabkan tak ada apa-apa yang special or pelik berlaku pada diri ini, jadi aku makin malas nak post entry baru. Kalau ada pun mungkin hanya sekadar merenung, termenung dan tekan pangkah. Kadang-kadang pagi-pagi buta sampai office rasa macam nak blogging. Tapi fikir-fikir balik, alahhhh petang karanglah up entry. Sudahnya hanya itu sahaja yang berlaku.

Hmm eh dah naik entry baru sudahnya. Okay bye!

Dipemudahkan segalanya

Alhamdulillah,

Allah telah permudahkan segalanya.
Betul orang kata.
Jika kita dengar kata kedua ibu bapa kita,
Segalanya akan dipermudahkan.

19 April 2013

Checklist Barang Hantaran Perkahwinan

Untuk Pengantin Lelaki (9 Dulang)
1. Sireh Junjung
2. Kek
3. Kemeja dan Seluar
4. Belt dan wallet
5. Perfume dan set pencuci muka
6. Buah-buahan
7. Chocolate
8. Jam Tangan
9. Handphone (Akan difikirkan kemudian :))

Untuk Pengantin Perempuan (7 Dulang):
1. Tepak Sireh
2. Cincin dan replika jumlah hantaran
3. Baju Kurung
4. Telekung dan Sejadah
5. Handbag dan Purse
6. Perfume dan Set Pencuci Muka
7. Kek dan Buah-buahan

Engagement #1: Checklist Barang Hantaran Pertunangan

Kepada pihak lelaki:

1. Sireh Junjung
2. Baju Melayu dan Sampin
3. Kek Lapis
4. Toiletries dan Perfume
5. Sejadah dan Kain Pelekat
6. Kuih dan Manisan
7. Buah-buahan

Kepada pihak perempuan:
1. Tepak Sireh
2. Cincin (Risik dan Tunang)
3. Baju Nikah
4. Buah-buahan
5. Kek Lapis Sarawak

18 April 2013

Stalker

Hobi aku petang-petang sementara menunggu Wan habis kerja adalah menjenguk blog-blog orang. Yeah I'm a stalker. Tapi kurang-kurangnya aku tak stalk lebih-lebih. Hahha. Motif?