Siapakah engkau?
Yang membuat aku tersenyum
Memberikan sinar baru kepadaku
Untuk aku meneruskan kehidupan ini
Siapakah engkau?
Yang mencurahkan perasaan kepadaku
Disaat aku terlalu sepi
Kau mendamaikan hati ini
Siapakah engkau?
Yang tak lelah memberi kasih sayang
Hanya untuk insan kerdil ini
Yang tak pernah tahu makna itu semua
Siapakah engkau?
Yang memberi pelindung kepadaku
Memberi tempat untuk aku berteduh
Hanya kerana aku wanita biasa
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
19 April 2010
17 April 2010
Hati
Rintik hujan kedengaran sungguh sayu
Aku duduk keseorangan
Termenung jauh mengenang keadaan diri ini
Terasa diri ini telah jauh ditinggalkan
Terasa hati melihat kejayaan kawan-kawan lain
Indahnya jika aku turut berada di dalam golongan itu
Berjaya melunaskan hajat ibu dan ayah
Berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang
Tapi itu semua hanya anganan yang belum mampu ku capai
Oh hati,
Redhalah engkau dengan kejayaan rakanmu
Kuatkanlah dirimu wahai hati
Demi mencapai sebuah kejayaan
Demi menggapai sebuah impian
Teruskan perjuanganmu Afifah Anwar

Tika aku merinduimu
Tika aku merinduimu,
Kau hadir di setiap mimpiku.
Tika aku merinduimu,
Ku tatap wajahmu di atas mejaku.
Tika aku merinduimu,
Ku bernyanyi menghiburkan hatiku.
Tika aku merinduimu,
Hanya satu pintaku.
Ya Allah,
Lindungilah dirimu dan diriku..
Kau hadir di setiap mimpiku.
Tika aku merinduimu,
Ku tatap wajahmu di atas mejaku.
Tika aku merinduimu,
Ku bernyanyi menghiburkan hatiku.
Tika aku merinduimu,
Hanya satu pintaku.
Ya Allah,
Lindungilah dirimu dan diriku..
Cinta itu apa?
ramai yang cakap cinta itu buta
butakah ia?atau kita yang buta?
ramai yang cakap cinta itu membahagiakan
tapi kenapa ramai yang nangis kerna cinta?
ramai yang cakap cinta itu indah
tapi kenapa ramai yang derita kerna cinta?
ramai yang cakap cinta tak mengenal siapa
tapi kenapa ramai yang memilih dalam bercinta?
ramai yang cakap cinta memerlukan kesabaran
tapi kenapa ramai saling berbunuhan kerna cinta?
ramai yang cakap cinta memerlukan kejujuran
tapi kenapa banyak kecurangan yang berlaku dalam cinta?
ramai yang cakap cinta itu suci
tapi kenapa ramai yang tidak suci semasa bercinta?
ramai yang cakap cinta itu suatu kepuasan
tapi kenapa ramai lagi yang masih tidak cukup 1?
pemikiran kita terhadap cinta adalah berlainan
jika kita berfikiran positif
maka berkekalanlah perhubungan kita
jika kita senantiasa berfikiran negatif
maka kecundanglah kita terhadap cinta

Kesepian yang terlalu
Seorang diri di tepi jendela
Memerhatikan rintik-rintik hujan yang turun
Bagaikan terasa dingin titisan hujan itu didalam hati
Mengapa kau tidak mengerti
bahawa kesepian ini sudah terlalu
Aku letih dan bosan
melalui semua ini sendirian
Kesepian yang membunuhku
pergilah jauh dari hatiku
Jangan engkau kembali menggangguku

Insaflah
Lupakah kau pada orang tuamu?
Yang bersusah payah menjaga kau
Memberi makan dan minum untuk kau
Tanpa mengenal erti kesusahan
Mengapa kau masih termenung?
Setelah hati mereka kau lukai
Setelah hati mereka berpaling dari kau
Kau masih tidak lagi sedar
Mengapa setelah kau berjaya
kau lupakan kesusahan mereka
mengapa tidak dari dulu
kau berhenti menyusahkan mereka
Sedarlah wahai insan
cepat mulakan langkahmu
berikanlah kesenangan untuk mereka
supaya mereka dapat berbangga denganmu
Yang bersusah payah menjaga kau
Memberi makan dan minum untuk kau
Tanpa mengenal erti kesusahan
Mengapa kau masih termenung?
Setelah hati mereka kau lukai
Setelah hati mereka berpaling dari kau
Kau masih tidak lagi sedar
Mengapa setelah kau berjaya
kau lupakan kesusahan mereka
mengapa tidak dari dulu
kau berhenti menyusahkan mereka
Sedarlah wahai insan
cepat mulakan langkahmu
berikanlah kesenangan untuk mereka
supaya mereka dapat berbangga denganmu
Wahai Kaumku
Mengapa kaumku menjadi sebegini..
Bangga bila dipuja
Takbur dengan kecantikan sendiri
Sampai sanggup menyerahkan maruah mereka
Kepada orang yang tidak berhak
Sedarlah wahai kaumku
Maruah kita bukan untuk dijaja
Bukan juga untuk dikutuk dan dikeji
Jagalah maruah itu hanya untuk
Orang yang berhak ke atasmu

Wanita Itu
Wanita itu...
Bukan dicipta untuk dipijak
Wanita itu...
Bukan dicipta untuk dijunjung dan dipuja
Wanita itu...
Bukan dicipta untuk dihina
Wanita itu...
Bukan dicipta untuk dijadikan permainan
Wanita itu...
Bukan dicipta untuk dipertontonkan
Tetapi...
Wanita itu
Dicipta dari tulang rusuk kiri suaminya
Untuk berada dekat dengannya
Untuk sentiasa memberi sokongan kepada suaminya
Untuk sentiasa dibelai dan dimanjai..
Itulah istilah sebenar seorang yang bergelar WANITA

Hak Hati
Kenapa hati ini selalu ditindas
Kenapa orang sukar nak memahami hati ini?
Susah sangatkah untuk difahami?
Aku hanya inginkan kebahagiaan yang hakiki..
Bukan untuk sementara
Tapi untuk selamanya
Besar sangatkah permintaanku itu?
Sukarkah untuk dilakukan?
Tolonglah aku
Apa yang kupinta cuma kebahagiaan
Bukan penderitaan
Bukan kesakitan
Sampai bila harus aku mengalah?
Mengenepikan perasaan yang terpendam
Yang bisa membunuh diriku sendiri
Adakah untuk selamanya harus aku bersedih
Adakah untuk selamanya aku tetap mengalah
Adakah untuk selamanya kau sakiti hati ini
Hak hati ku untuk bahagia sudah hampir hilang
Hak hati ku untuk bergembira telah tiada
Hak hati ku untuk tertawa sudah lupus
Pulangkanlah ia kembali sebelum semuanya terlambat..

04 April 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)