31 July 2013

Sepi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Dah agak lama tak update blog. Sepi. Sepikah aku? Hmm.

Actually tengah sibuk buat biskut raya. Alhamdulillah tahun ini agak banyak tempahan yang aku terima. Hopefully semuanya siap on-time. Strategi aku kali ini adalah aku tak akan ambil tempahan yang memerlukan aku untuk siap cepat. Atau dalam erti kata lain, siapa order dulu, dia dapat dulu. Kelebihan hanya diberi pada mereka yang order untuk buat Hamper atau yang order banyak.

Ini untuk penghantaran Hari Khamis ini. Almost done. Still not complete yet.


Antara biskut yang hangat pada tahun ini adalah Biskut Suji dan Almond London. Cornflakes Madu aku juga sudah dipelbagai. Rasa sudah diperbaharui. Biskut Suji aku mendapat tempahan kedua terbanyak selepas Almond London. Tahun lepas jumlah balang yang pelanggan aku tempah cuma 150++. Tapi pada tahun ini meningkat sebanyak 15%. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kepada Allah SWT.

Apa yang membuatkan aku bersemangat waja tahun ini adalah, aku dah berniat, separuh daripada hasil jualan aku adalah untuk menampung kos untuk ke Kuching, Sarawak bulan September nanti. Separuh lagi adalah untuk simpanan Hari Raya dan Perkahwinan aku nanti.

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menempah biskut raya dengan aku. Aku harap korang semua tak menyesal tempah dengan aku dan aku juga berharap, tahun hadapan korang akan kembali tempah dengan aku lagi. :)

13 July 2013

Resigned. Engagement. Workplace. Ramadhan. Sarawak.

Assalamualaikum.

Nampaknya dalam masa tak sampai sebulan ini macam-macam perkara dan berita yang telah aku terima dan lalui. Alhamdulillah bagi aku segalanya adalah ketentuan dari Ilahi. Ada yang menggembirakan. Ada juga yang kurang menyenangkan. Hurmm.

25hb Jun 2013 adalah tarikh di mana ia merupakan hari terakhir aku bekerja. Selama setahun enam bulan aku kerja dekat situ, macam-macam perkara yang terjadi. Episod kena marah dengan boss. Episod orang mengata itu dan ini. Semua ada. Di tempat itu juga aku mengenal erti kawan dan sahabat. Oh yes I do miss some of them. But nevermind. We can still hangout together after this.

29hb Jun 2013 adalah detik dimana aku telah menjadi tunangan Mohd Riduan Bin Ibrahim. Majlis berlangsung di teratak ibu saudara aku. Memang berdebar-debar. Seronok. Takut semua menjadi satu. Berdebar-debar pada saat kakak iparnya menyarungkan cincin risik dan cincin tunang. Seronok bila ramai saudara-mara datang. Takut dengan dugaan dan cabaran yang lebih besar menanti di hadapan kami selepas ini. Harap aku dan dia sentiasa tabah. Aminnn.

8hb Julai 2013 merupakan hari pertama aku melaporkan diri di syarikat Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd sebagai Costing Assistant. Hmm hari ini genap seminggu aku bekerja dan aku rasakan semuanya okay. Cuma aku perlu fokus lebih lagi pada penggunaan sistem yang dieorang gunakan. Hopefully by next week aku dah dapat pick up banyak benda.

10hb Julai 2013 adalah hari pertama umat Islam berpuasa. Semoga puasa kali ini aku dapat mengumpul seberapa banyak ganjaran dan pahala dari Yang Maha Esa. Masih belum berkesempatan untuk melakukan Solat Tarawikh lagi. Tapi kami bercadang untuk berbuka puasa di Masjid Shah Alam hari ini dan terus melakukan ibadah Solat Tarawikh.

12hb Julai 2013 merupakan hari yang paling menggembirakan dan menyedihkan. Gembira dengan khabar dari Najwa tentang kejayaannya mendapat tempat di UiTM untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Tapi sedih sebab dia ditawarkan untuk belajar di UiTM Sarawak. Pasti orang yang paling sedih sekali adalah ibuku. Hmm T.T. 1hb Sept 2013, Sarawak!!! Here we comeeeee...!!!

30 June 2013

Selesai

Alhamdulillah segalanya telah selesai. Terima kasih kepada yang sudi datang dan terima kasih kepada yang sudi membantu dan menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit dan juga tenaga. Tanpa keluarga, semuanya tak akan berjalan dengan sempurna.

Sekarang bermulalah kehidupan yang baru. Kehidupan menjadi tunangan orang adakalanya agak mencabar bagi sesetengah orang. Akan tetapi jika kita telus, jujur dan serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa, In Shaa Allah segalanya akan jadi sempurna.

Okay jom kita mulakan checklist perkahwinan!

27 June 2013

Life

Life is too short.

23 June 2013

Jerebu bukan permainan kanak-kanak

Assalamualaikum,

Sekarang musim jerebu. Musim orang batuk kering. Musim pelbagai penyakit akan muncul. Banyakkan minum air masak. Kurang aktiviti luar rumah. Pakai topeng muka jika perlu keluar rumah. Nasihatkan anak-anak anda supaya tidak bermain diluar rumah.

Pesanan masyarakat ini dibawa oleh,
Afifah Anwar

21 June 2013

Less than a week

Assalamualaikum.

Amboi makin hari aku tengok angka makin kecil. Makin lama makin dekat. Debar tak terkata dah ni. Hari Selasa (25/06/13) merupakan hari terakhir aku bekerja disini. In Shaa Allah bermula pada 08/07/13 aku mula bertugas ditempat baru.

Ikutkan hati aku memang tak berapa suka untuk menjadi orang baru. Aku bukan jenis yang mudah berkawan. Bukan semua orang tahu macamana nak ajak aku berbual. Tak semua orang mudah untuk memahami aku. Hmm apa yang boleh aku kata ialah aku harapkan agar ditempat baru, segalanya akan berjalan dengan lancar buatku.

Wehh tinggal lagi 6 hari je lagi! Preparation almost complete. Baju tunang aku tak siap jahit pearl lagi. Tudung tak beli lagi. Bukan takat aku punya tudung. Tudung atok mak, tudung ibu semua belum dibeli lagi. Wan balik Terengganu hari Khamis. Sempat ke tidak aku nak pergi beli semua tu? Alahai....

13 June 2013

Counting Days

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan semua ini. Lapan hari lagi untuk aku berkhidmat di syarikat sekarang. Lima Belas hari lagi untuk aku menamatkan zaman couple bak kata orang muda mudi. Dan tinggal lagi Dua Puluh Tiga hari lagi untuk aku berkhidmat di tempat baru. Alhamdulillah. Semoga bulan Julai adalah permulaan yang baik buat segalanya.

Mudah-mudahan aku akan jadi semakin matang dalam menjalani erti sebuah kehidupan. Aku tak naklah ada lagi kata-kata yang kurang enak tentang diriku selepas ini. Hmmmph!

05 June 2013

Perubahan

Assalamualaikum,

First of all, ALHAMDULILLAH. Segala Puji Buat Mu Ya Allah. Berita baik yang aku terima beberapa hari yang lepas memang amat menggembirakan diriku.

In Shaa Allah. Bermula dari Bulan Julai 2013, segalanya akan berubah. Bermulanya kehidupan menjadi tunangan seorang insan. Bermulanya pekerjaan baru. Dengan jawatan yang baru. Di tempat baru dan segalanya adalah baru.

Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima Kasih Ya Allah. Ini yang aku inginkan. Ini juga yang aku impikan.