28 March 2011

Sleep tight my dear



As the day turns into night,
Keep your worries out of sight.
Close your eyes and go to sleep,
All the good time are yours to keep.

Good night Encik Bakal.
Will love you more than you do know.
Take care honey.
I'm waiting for you tomorrow morning.

In love with my current job



Assalamualaikum.
Saya tak pernah rasa malu nak mengaku saya kerja sebagai cashier di kedai biasa. Saya tak malu nak cakap yang gaji saya tak sampai seribu ringgit. Tapi saya memang akan bengang kalau ada customer yang membanding-bandingkan saya dengan orang lain. Terus terang saya cakap. Kalau saya tak usik awak, awak jangan usik saya okay. Sebab saya memang jenis berangin sikit.



Saya memang kalau marah akan membisu je. Memang saya jenis pendendam. So beware of that huh! Once I hate you, selamanya saya akan berdendam. Tak kisahlah awak itu makcik ke pakcik ke adik ke kakak or even abang ke saya tak peduli dah. Beware okay.



Saya memang kalau boleh nak elak daripada masuk campur hal orang. Hal malam pertama kau ke malam kedua ke saya memang malas nak tahu dan saya tak nak orang suruh saya tahu. Rimas boleh tak?



Tolonglah jangan nak masuk campur dalam hidup saya. Saya dah besar. InsyaAllah saya boleh handle semuanya. Kalau saya tak tahu nak settlekan pun saya akan bercakap dengan ibu dan ayah saya. Saya tak suka orang luar nak atur hidup saya. Saya rimas semua itu.



Biarlah saya berbahagia dengan kehidupan saya yang sekrang. Saya ada kerja yang saya suka. Saya ada parents yang menyayangi saya. Saya ada adik adik yang ambil berat tentang saya dan saya ada kekasih hati saya. Saya tak nak orang asyik sibuk-sibuk arah saya tukar tempat kerja yang lebih elok dan sesuai. Diploma holder tak semestinya mudah untuk mendapatkan pekerjaan tetap sekarang. Biarlah saya gembira dengan pekerjaan saya sekarang.



Okay itu je nak cakap. Bye. Thanx for reading.

27 March 2011

Saya malu nak minta duit dengan parents bila dah bekerja

Assalamualaikum.

Hehhe title? Its true okay. Apa yang betulnya? Hmm siyesly saya memang teramat malu untuk buka mulut nak minta duit dengan parents saya sekarang sebab saya sedar saya dah boleh jana duit sendiri. Eventho ibu and ayah tak berkira dengan anak-anak pasal duit tapi saya tetap rasa rendah diri and malu sendiri nak minta duit diaorang.


Korang tak rasa malu ke bila minta duit parents? Sedangkan mereka ada tanggungjawab yang lebih besar dari kita semua. Even gaji ayah 5 kali ganda lagi besar dari gaji saya tapi saya tak minta duit itu kerana saya tahu ayah lagi banyak tanggungan dari saya. Siapa settlekan bil api air kalau bukan ayah? Siapa bayar duit kereta and rumah kalau bukan ayah? So saya terdiam disitu.


Walaupun ibu dan ayah bergaji, saya tetap berusaha untuk membuat simpanan untuk mereka. Walaupun hanya RM100 sebulan tetapi saya tetap rasa bangga kerana tak ramai rakan saya yang ingat susah payah ibu dan ayah mereka. Bukanlah nak cakap saya anak yang baik. Tapi saya cuma nak cakap saya seorang anak yang beringat.


Sampaikan ibu paksa saya jangan bagi duit untuk dia bulan lepas semata-mata suruh saya tukar handphone baru. Hahha boleh tak nak cakap saya terharu? Tapi saya tetap simpan niat saya untuk tukar handphone baru walaupun saya sedar handphone saya sekarang sudah hampir tidak bernyawa.


Dengan gaji hanya tak sampai seribu sebulan, saya mampu untuk membayar pinjaman PTPTN saya, bil P1 W1MAX, bantu ayah untuk memberi belanja bulanan kepada adik lelaki saya dan juga tolong isi minyak kereta ayah. Huhhu betul tau. Sebab kesian tengok ayah hari-hari kena hantar and jemput balik kerja. Beringat okay.


Lepas dah setel semua baru saya plan nak beli apa untuk diri sendiri pada bulan ini. Hmm apa ye? Bulan nie plan nak beli sandals and wedges. Then nak cari new jeans for myself. After that baru menabung untuk beli handphone baru.


Bagi mereka yang kaya raya, saya ucapkan tahniah kepada anda. Anda mampu untuk membeli sehelai jeans Guess berharga RM200 keatas setiap bulan. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari wang saku yang banyak. Tapi bagi orang biasa seperti saya, nak makan pun cari tempat paling murah. Nak hangout pun fikir lima enam kali sebab nak saving duit. Nak sambung study pun fikir banyak kali samada saya mampu atau tidak untuk membayar yuran pendaftaran.


Memang saya mengaku yang saya cukup benci dan meluat tengok mereka yang berpakaian berjenama dan duit didalam purse@wallet setiap hari tidak kurang dari RM100. Bukan saya cemburu tetapi saya benci kerana mereka belum tentu mampu untuk berdikari sendiri dan hanya mengharapkan duit biasiswa dari parents semata-mata. Jangan berlagak didepan saya bila anda kaya hanya kerana family background anda yang memang dah kaya sejak dari azali lagi okay. Bab itu memang saya tak hairan.

Weekend story

Salam semua. Aku cuti hari ini. Biasalah kan. Ahad je memang tak kerja. So apa lagi. Update belog je ah kerja aku sekarang. Colour belog dah bertukar. Sorry I can't live without pink colours. Hahha. Sengal.


Well today aku tak keluar mana-mana. Hujan lagipun dekat sini. So malas nak keluar jalan-jalan. Sissy kerja. Kesiannn.. Bila dia kerja, aku pun dah tak ada geng nak hang out. Hmmph.


Serabut gila otak aku minggu nie kan. Nak kena ajar worker baru buat kerja. Next week starting from 1st April, ada lagi seorang nak masuk. Hmm umur 40an. So aku kena ajar diorang slow-slow. Biar senang faham and tak tanya aku lagi dah. Hahha kejam.


Well busy gila boleh tak minggu nie? Ada beberapa suppliers punya barang baru sampai on the same day. Mak oii. 2 hari baru siap susun semua barang. Owh okay aku jugak yang order barang menimbun nimbun. Padan muka sendiri.


Uncle said that he wants to take a holiday for 1 week. Then nanti dia pass kunci dekat aku. Adeh mana aku larat seyh nak bukak kedai sebab besi tu berat gila boleh tak. Dah ah tinggi semacam kan. Hmm but its okay. I'll try. Last week ramai yang interview kerja. But since aku cakap gaji kecik je muka masing-masing dah berubah. Hoy kau. Aku dulu mintak kerja dekat sini tak ada pun aku bising-bising pasal gaji. Angguk je apa uncle cakap.


Hahha that's why gaji aku bulan kedua terus naik RM200. Wuhuuu weyh kau apesal hari ini entry nak emo lebih je nie? Nak berlagak tak pasal-pasal nie kenapa? Hahh ye ke aku berlagak? Okaylah stop ah dulu. Penat dah berlagak. Nanti kalau aku dah baik sopan santun nanti aku post entry lagi ye. Bye!

Why?

Hey you! Yeah you! Please read this entry okay! Cuti seminggu. Kerja tinggal melambak-lambak. Then after naik kerja dua tiga hari dah nak quit. Sokaylah ek! Tinggal gitu je kan. No salams. No sorry sorry. No tears or whatsoever. I don't know why bila kau berhenti kerja je aku rasa happy semacam. Hahha kejam kan aku. Iyalah. I'd rather work alone than have a general worker like you. Why? Asked yourself. Kerja bertahun baru nak siap. Plus kau tu tak henti-henti berlagak. Dah tu sebok nak cerita pasal laki kaulah ape kejadah semua tu. Okay fine! Bila kau berlagak, aku lagi boleh berlagak. Bukan payah pun. Spm holder je pun kau tu kan. Cakap omputih pun teragak agak. Hahha sadis! Well this is my blog. If you think that you can made me down by blogging, you're absolutely wrong my dear. I dah blogging for quite a long time. But you? I don't think that you definitely know what is blogging. Hell yeah! Hahha okay. Memang aku puas hati sangat-sangat bila kau berhenti kerja. Sebab apa? Sebab aku sukalah kan. Okay teruskan bekerja di pam minyak tu ek. chow!

23 March 2011

1 more contest will be update soon

1 contest baru akan diumumkan tak lama lagi.
Just check it out okay.
InsyaAllah hadiahnya agak berbaloi.

21 March 2011

Kadang-kadang.


Kita tak sedar bahawa apa yang kita cakap itu telah menyinggung perasaan sahabat karib kita. Tapi atas dasar ingin menjaga hati, sahabat baik tersebut hanya menelan sahaja apa yang telah kita luahkan. Yang paling sadis, kita langsung tak tahu bahawa dia telah terkecil hati.


Kita tak sedar bahawa ada yang lebih susah kehidupannya dari kita. Masih ada lagi mereka diluar sana yang bersyukur dapat makan nasi seminggu sekali. Yang paling sadis, kita asyik merungut makanan tak sedaplah, makanan tak menariklah, makanan tak menyelerakanlah dan sebagainya.


Kita tak sedar diri bila sudah dibantu oleh sahabat karib. Si sahabat sanggup berlapar demi melihat kita dapat menjamah sebutir nasi. Yang paling sadis, kita langsung tidak sudi untuk menjamah nasi yang diberikan apatah lagi untuk berterima kasih kepadanya.


Kita tak sedar bahawa barangan yang ingin kita beli itu tidak termampu untuk dibayar oleh sang ayah. Barangan berjenama ditambah lagi dengan produk keluaran terbaru oleh salah satu jenama kegilaan kita itu menambah lagi keterujaan kita untuk mendapatkannya. Yang paling sadis, kita langsung tidak fikir samada ibu bapa kita mampu membeli barangan itu untuk kita atau tidak.

19 March 2011

Desserts Online on The Belog!



Desserts Online menawarkan variasi coklat buatan tangan dari saya yang beraneka bentuk dan inti. Harga bermula dari RM1.50 hingga RM28.00.


Filling/Inti:
  • Almond
  • Hazelnut
  • Crunch Oreo
  • Blackcurrants
  • Walnut
  • Black Raisins
  • Blueberry Jam
  • Strawberry Jam
  • Melted Chocolate


Price:
  • 2 pcs Praline Chocolate (Sushi Box) = RM1.50
  • 2 pcs Praline Chocolate (Parts) = RM2.00
  • 4 pcs Praline Chocolate (Gold Box) = RM3.00
  • 4 pcs Praline Chocolate (Parts) = RM3.50
  • 24 pcs Praline Chocolate (Box) = RM28.00
  • 35 pcs Praline Chocolate (Box) = RM42.00
  • Oreo Chocolate = RM1.50
  • Oreo Edible Chocolate = RM1.80
  • Lolli Chocolate = RM1.50
  • Lolli Edible Chocolate = RM1.80

Theme colour harus diberitahu seawal mungkin. Delivery menggunakan Pos Laju sahaja dan setakat ini saya tak mengalami apa-apa masalah mengenai Pos Laju. Jika dari JB ke KL hanya satu hari sahaja. Contohnya jika saya pos pagi Isnin, Selasa petang sudah sampai barangnya ditempat anda.



Even masa pos dekat Bintulu hari itu pun, hanya memakan masa 2 hari sahaja. Packaging coklat akan diperbaharui dari masa ke semasa.



Anda juga boleh menambah huruf kesukaan anda dengan caj 20 sen satu huruf akan dikenakan. Riben dan kotak hadiah untuk yang tersayang juga akan disediakan jika ada permintaan.


Untuk maklumat lanjut sila klik Desserts Online. Have a sweet day everybody.