14 January 2013

Catalyst Products


Virgin Coconut Oil and Collagen from Catalyst.
Virgin Coconut Oil = RM39.90
Collagen = RM59.90

After more than a week trial, now I'm using less make up. Seriously.
Just sapu toner, day cream and compact powder.
Muka jadi kurang berminyak and cerah.
Baru seminggu try. Belum cecah sebulan lagi.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh email me at Afifah Anwar earlier okay!

12 January 2013

Bersediakah aku?



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, umurku masih panjang. Masih bisa bernafas dengan tenang. Walaupun kadangkala dalam hati ini berkecamuk segala rasa. Marah. Sedih. Suka dan duka segalanya bercampur baur. Tapi Alhamdulillah sekali lagi. Aku masih diberi peluang untuk menempuh segala ranjau dan onak yang berliku di muka bumimu Ya Allah.

2013? Mungkin itu tahun terakhir untuk kita? Siapa tahu. Ajal maut segalanya ditangan Tuhan bukan? Persoalannya. Bersediakah kita untuk menghadapi segala kemungkinan itu? Bersediakah kita untuk menghadap Ilahi? Bersediakah kita untuk mengharungi segala rintangan yang kita tidak tahu bila ia akan berlaku?

11 January 2013

Unofficial Driving Class

Hello there.

Semangat tak bunyi? Hahha. Actually just nak buat short update. Starting from last weekend, every Sunday I'll attend an unofficial driving class at Section 13 Shah Alam near the car park area. Why I named it as an unofficial class? Because I've an unofficial driving instructor. Guess what. Of courselah si Wan tu yang ajar aku. Bhahahaha.

Okay2 I admit. I'm 27 y/o and yet I still don't have a driving license. But hey! Who cares?

Note to self

Note to self: Stop expecting.

10 January 2013

Solat Tahajjud


SOLAT TAHAJJUD
  • Sebanyak-banyak Tahajjud 8 rakaat.
  • Sekurang-kurang Tahajjud 2 rakaat.
  • Waktunya setelah tidur bangun di tengah malam.
  • Terlebih afdhal di waktu sunyi 1/3 malam. 

Lafaz niat: 

“Sahaja Aku solat sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala.” 

Rakaat pertama:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-Kafirun (10 Kali)

“Katakanlah: Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukku agama kamu dan untukkulah agamaku.”
Rakaat kedua:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas (10 Kali)

“Katakanlah: Dia Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”


13 December 2012

Be a smart worker


To-do-list
Sticky Notes
Highlighter Pen

A dream doesn't become reality through magic; It takes sweats, determinations and hard work

06 December 2012

2013

Hello there. Hey. Dah hujung tahun dah kan. Sekejap je rasa. Semalam 5/12/12 genap setahun aku kerja dia Comintel nie. Alhamdulillah. This coming weeks merupakan minggu Appraisal kiteorang. Fuhh berdebar-debar. Dengar kata ada yang dari pagi sampai tengahari. Ada jugak yang dekat sejam duduk menghadap boss. Err. Seriau.

2013? Tak lama dah. Lagi 3 minggu je kan. Tahun depan macam-macam benda yang aku nak buat and kena settlekan before aku melangkah ke fasa yang lagi satu iaitu berumahtangga. Hmm. Kagum juga dengan mereka yang kahwin awal. Most of my schoolmate dah kahwin. Sedih!

Tahun depanlah nak settlekan lesen. Tahun depanlah nak beli kereta. Tahun depanlah nak kumpul duit untuk beli rumah. Aku target before aku kahwin, aku nak kena ada harta aku sendiri. Atas nama aku sendiri. Hopefully by end of next year, I'll managed to get all this in my hands.

Hey I found a website NRG Fitness. A gym only for ladies. Will go to that gym on this Saturday. Try equipment dia dulu and then baru fikir nak register monthly or not. Monthly RM80 je. Unlimited equipment usage and unlimited classes. Kalau nak pergi aerobic class everyday pun boleh. Nak duduk dalam gym dari pagi sampai malam pun boleh.

Actually aku tengah try nak diet. Berat dah 59kg kot. Sedih tak sedih? Punyalah mengah nak jalan kan. Hahha. Dah rasa macam gemuk gila dah nie. Pakai kemeja semua dah sendat. Memang serabai je rasa. So sekarang kena kurangkan nasi and kena rajin pergi gym. Have to!

Okaylah. Time to go back home. Tonite nak buat mee rebus. Khas untuk my housemates. Love you all! Bye.

04 December 2012

Updates

It's been extremely busy nowadays. Hari-hari balik rumah mesti muka aku stressed gila. Dekat rumah asyik nak lepaskan geram je. Kesian kat member aku dua orang si Aisyah and Apad dok dengar pasal hal office aku. Huhhu. Okaylah aku try update satu persatu apa yang berlaku dalam hidup aku dalam masa beberapa minggu nie okay.

Aku dah rajin memasak sekarang nie. Tambah-tambah pulak akan ada orang yang makan apa yang aku masak. So kerajinan itu bertambah. Ditambah lagi dengan kekangan kewangan yang melanda masakini membuatkan kami jarang makan diluar. Chewahh. Masak simple-simple je pun. Takdelah serabut sangat. Janji kenyang. Hehhe. Gilir-gilir masak. Itu yang best kan.

Last weekend aku pergi Pasar Karat Shah Alam. Actually dia lebih kurang pasar tani je. Konon nak nama glamour sikit tukar jadi Pasar Karat. Aku pergi dengan Wan. Dekat rumah lagi aku dah tahu housemate aku nak pergi belajar bawak kereta dekat parking area Stadium Malawati tu. So by the time aku nak balik, aku macam nampak ada satu kereta park tepi jalan betul-betul bawah pokok. Aku cakap dekat Wan, eishh takkan nak piknik kat situ kot dieorang nie. Sat lagi aku perhati betul-betul rupanya si housemate aku ngan bf dia. Tayar depan pecah. Adehhh tengok muka dia kalut semacam. Rasa bersalah pun ada. Takut pun ada kot. Hihhi. So aku stay situ tolong diaorang tukar tayar. Sampai pukul 10 skru tak leh nak bukak pun. Last2 redah slow2 juga ke kedai tayar. Nasib baik hari Ahad dia bukak jugak. Kalau tak, memang masaklah kan.

After tukar tayar semua, aku and Wan plan nak lepak makan kat Tasek Shah Alam. Then suddenly I said to him. "Eh, kat Bukit Cerakah sekarang tengah winter tau!" Apalagi. Terus tukar plan. Fuhhh punyalah ramai umat manusia. Almaklumlah cuti sekolah. Segala jenis rombongan ada. Kiteorang dah siap2 tapau nasi and Yong Taufu beli kat Pasar Karat. Nak tunggu bas dia sampai sejam. Then dah naik bas, stop kat area Rumah Empat Musim tu, jumpa satu port bawah pokok memang best. Bentang tikar bagai. Memang macam piknik betullah kan.

After makan2 rehat2 jap and kiteorang masuk dalam Rumah Empat Musim. Tiket untuk musim salji naik dari RM4 ke RM5 untuk dewasa. Dieorang ada sediakan winter coat but not sure whether we have to pay for it or not. Normally yang aku tengok, untuk kids and babies memang pakai winter coatlah. Dah masuk tu pun kena beratur tunggu turn nak masuk dalam. Haiyaa. Tapi serius memang sejuk. Its worth it rather than you go to I-City punya Snow apa tah. Sorang RM30 tak silap aku kot. Tapi orang kata ice dia banyak cair.

Punyalah jakun kan tak pernah pergi mana2 tempat ada salji. Cakap-cakap keluar asap. Aku tengok masing-masing bercakap macam nafas terlebih. Hembus lebih2 bangga ada asap kuar dari mulut. Hahha. Memang sejuk gila kat dalam tu. Tapi bestlah. After that take a bus and gerak balik.

Gerak balik? Hoh mestilah tak. Siap boleh singgah pergi Ole-ole Seksyen 18 and Giant lagi tu. Pergi Ole-ole beli baju kurung. Murah and cantik. Nantilah aku post gambar. Dah beli baju singgah Giant beli drawer untuk letak baju-baju aku. Sumpah cakap. Makin lama aku tengok makin banyak baju aku. Membiak ke apa?

Yesterday is my colleagues birthday. 4 orang sekaligus. 1 of them is Kak Suzanne yang paling rapat and yang aku treat sebagai kakak aku. Today Kak Sal's birthday pulak. So some of us decided to collect money and order Dominos Pizza. Tapi serius. Kali nie servis dia memang menyakitkan hati. Aku call pukul 11.15am. Target nak lunch nanti everything dah sampai. Then the operator said it will took at least 1 hour since its almost lunch time. Then I said OK coz it is expected to be arrived at 12.30pm. Ngam2 lunch time. But she called me again. She said they got lots of orders coming and it will be delayed for half an hour more which means it will arrived at 1 o'clock kan. But you know what? When I called them at 1 o'clock, the operator said the delivery guy just gone out. And at least we will get our meal at 1.20pm. WTH? Memang kena soundlah kan.

Luckily it is arrived at 1.10pm and at that moment everybody was hungry sampai tak larat nak marah dah. Makan2 semua. Nyanyi birthday song and everything but unfortunately we totally forgot to snap even one picture. Stupid! Hahha.

Okaylah. I think that's all for now. Till we meet again. Be happy in whatever you want to do! Ciao xoxo!