06 December 2012

2013

Hello there. Hey. Dah hujung tahun dah kan. Sekejap je rasa. Semalam 5/12/12 genap setahun aku kerja dia Comintel nie. Alhamdulillah. This coming weeks merupakan minggu Appraisal kiteorang. Fuhh berdebar-debar. Dengar kata ada yang dari pagi sampai tengahari. Ada jugak yang dekat sejam duduk menghadap boss. Err. Seriau.

2013? Tak lama dah. Lagi 3 minggu je kan. Tahun depan macam-macam benda yang aku nak buat and kena settlekan before aku melangkah ke fasa yang lagi satu iaitu berumahtangga. Hmm. Kagum juga dengan mereka yang kahwin awal. Most of my schoolmate dah kahwin. Sedih!

Tahun depanlah nak settlekan lesen. Tahun depanlah nak beli kereta. Tahun depanlah nak kumpul duit untuk beli rumah. Aku target before aku kahwin, aku nak kena ada harta aku sendiri. Atas nama aku sendiri. Hopefully by end of next year, I'll managed to get all this in my hands.

Hey I found a website NRG Fitness. A gym only for ladies. Will go to that gym on this Saturday. Try equipment dia dulu and then baru fikir nak register monthly or not. Monthly RM80 je. Unlimited equipment usage and unlimited classes. Kalau nak pergi aerobic class everyday pun boleh. Nak duduk dalam gym dari pagi sampai malam pun boleh.

Actually aku tengah try nak diet. Berat dah 59kg kot. Sedih tak sedih? Punyalah mengah nak jalan kan. Hahha. Dah rasa macam gemuk gila dah nie. Pakai kemeja semua dah sendat. Memang serabai je rasa. So sekarang kena kurangkan nasi and kena rajin pergi gym. Have to!

Okaylah. Time to go back home. Tonite nak buat mee rebus. Khas untuk my housemates. Love you all! Bye.

04 December 2012

Updates

It's been extremely busy nowadays. Hari-hari balik rumah mesti muka aku stressed gila. Dekat rumah asyik nak lepaskan geram je. Kesian kat member aku dua orang si Aisyah and Apad dok dengar pasal hal office aku. Huhhu. Okaylah aku try update satu persatu apa yang berlaku dalam hidup aku dalam masa beberapa minggu nie okay.

Aku dah rajin memasak sekarang nie. Tambah-tambah pulak akan ada orang yang makan apa yang aku masak. So kerajinan itu bertambah. Ditambah lagi dengan kekangan kewangan yang melanda masakini membuatkan kami jarang makan diluar. Chewahh. Masak simple-simple je pun. Takdelah serabut sangat. Janji kenyang. Hehhe. Gilir-gilir masak. Itu yang best kan.

Last weekend aku pergi Pasar Karat Shah Alam. Actually dia lebih kurang pasar tani je. Konon nak nama glamour sikit tukar jadi Pasar Karat. Aku pergi dengan Wan. Dekat rumah lagi aku dah tahu housemate aku nak pergi belajar bawak kereta dekat parking area Stadium Malawati tu. So by the time aku nak balik, aku macam nampak ada satu kereta park tepi jalan betul-betul bawah pokok. Aku cakap dekat Wan, eishh takkan nak piknik kat situ kot dieorang nie. Sat lagi aku perhati betul-betul rupanya si housemate aku ngan bf dia. Tayar depan pecah. Adehhh tengok muka dia kalut semacam. Rasa bersalah pun ada. Takut pun ada kot. Hihhi. So aku stay situ tolong diaorang tukar tayar. Sampai pukul 10 skru tak leh nak bukak pun. Last2 redah slow2 juga ke kedai tayar. Nasib baik hari Ahad dia bukak jugak. Kalau tak, memang masaklah kan.

After tukar tayar semua, aku and Wan plan nak lepak makan kat Tasek Shah Alam. Then suddenly I said to him. "Eh, kat Bukit Cerakah sekarang tengah winter tau!" Apalagi. Terus tukar plan. Fuhhh punyalah ramai umat manusia. Almaklumlah cuti sekolah. Segala jenis rombongan ada. Kiteorang dah siap2 tapau nasi and Yong Taufu beli kat Pasar Karat. Nak tunggu bas dia sampai sejam. Then dah naik bas, stop kat area Rumah Empat Musim tu, jumpa satu port bawah pokok memang best. Bentang tikar bagai. Memang macam piknik betullah kan.

After makan2 rehat2 jap and kiteorang masuk dalam Rumah Empat Musim. Tiket untuk musim salji naik dari RM4 ke RM5 untuk dewasa. Dieorang ada sediakan winter coat but not sure whether we have to pay for it or not. Normally yang aku tengok, untuk kids and babies memang pakai winter coatlah. Dah masuk tu pun kena beratur tunggu turn nak masuk dalam. Haiyaa. Tapi serius memang sejuk. Its worth it rather than you go to I-City punya Snow apa tah. Sorang RM30 tak silap aku kot. Tapi orang kata ice dia banyak cair.

Punyalah jakun kan tak pernah pergi mana2 tempat ada salji. Cakap-cakap keluar asap. Aku tengok masing-masing bercakap macam nafas terlebih. Hembus lebih2 bangga ada asap kuar dari mulut. Hahha. Memang sejuk gila kat dalam tu. Tapi bestlah. After that take a bus and gerak balik.

Gerak balik? Hoh mestilah tak. Siap boleh singgah pergi Ole-ole Seksyen 18 and Giant lagi tu. Pergi Ole-ole beli baju kurung. Murah and cantik. Nantilah aku post gambar. Dah beli baju singgah Giant beli drawer untuk letak baju-baju aku. Sumpah cakap. Makin lama aku tengok makin banyak baju aku. Membiak ke apa?

Yesterday is my colleagues birthday. 4 orang sekaligus. 1 of them is Kak Suzanne yang paling rapat and yang aku treat sebagai kakak aku. Today Kak Sal's birthday pulak. So some of us decided to collect money and order Dominos Pizza. Tapi serius. Kali nie servis dia memang menyakitkan hati. Aku call pukul 11.15am. Target nak lunch nanti everything dah sampai. Then the operator said it will took at least 1 hour since its almost lunch time. Then I said OK coz it is expected to be arrived at 12.30pm. Ngam2 lunch time. But she called me again. She said they got lots of orders coming and it will be delayed for half an hour more which means it will arrived at 1 o'clock kan. But you know what? When I called them at 1 o'clock, the operator said the delivery guy just gone out. And at least we will get our meal at 1.20pm. WTH? Memang kena soundlah kan.

Luckily it is arrived at 1.10pm and at that moment everybody was hungry sampai tak larat nak marah dah. Makan2 semua. Nyanyi birthday song and everything but unfortunately we totally forgot to snap even one picture. Stupid! Hahha.

Okaylah. I think that's all for now. Till we meet again. Be happy in whatever you want to do! Ciao xoxo!

06 November 2012

Soal hidup

Terlalu banyak yang ingin diceritakan pada anda semua sampai tak tahu nak mulakan yang mana dahulu. Mungkin setiap cerita itu harus disimpan sebagai memori sendiri. Mungkin juga sesuatu cerita itu akan mengundang amarah insan yang lain. Jadi aku hanya ingin bertindak untuk berdiam diri dan teruskan perjalanan merentangi liku-liku hidup ini dengan tenang dan gembira. Walau tidak semudah yang disangkakan, akan tetapi setiap yang terjadi itu ada sebab musababnya. Walaupun ianya tidak sesukar yang aku jangka akan tetapi aku tetap ingin belajar sesuatu darinya. Kesibukan ini mengajar aku erti membahagi masa. Di setiap waktu aku harus belajar untuk mencuri sedikit waktu untuk menenangkan fikiran dan berhibur. Walau cuma 2 minit.

Setiap insan akan menghadapi liku hidup yang berbeza. Janganlah kita samakan diri kita dengan mereka yang lain. Janganlah pula kita bandingkan diri kita sesama insan. Semuanya serba berbeza. Walau ada sedikit persamaan, akan muncul jua sedikit perbezaan. Pengakhirannya mungkin sama akan tetapi jalan ceritanya mungkin berbeza. Hidup ini harus dihargai. Hidup ini juga harus dinikmati.

04 October 2012

Batuk

Musim batuk ke sekarang? Sana-sini aku dengar bunyi orang batuk. But seriously if aku dah start batuk, memang susah sangat nak baik. Ubat dah berbotol-botol makan. Macam-macam jenis dah. Breacol, Bena Expectorant? Ubat batuk cap Ibu dan Anak? Semua dah makan. Mengantuk je lebih. Baiknya tidak.

Ada seorang Mejar kat office aku suggest minum kicap dengan asam limau. Erkkkk!?! Kalau kicap tu letak atas nasi and makan dengan ikan goreng perah asam limau tu aci tak? Dengar je macam nak muntah dah. Lepas itu ada juga yang cakap minum madu dengan perahan limau. Lagi ori lagi bagus. Kalau pakai madu yang tube dekat Giant tu boleh tak? Ehhhhh macam-macam lagilah. But still. Batuk itu masih kekal bertakhta dalam tekak nie. Sampai kadang-kadang rasa nak muntah pun ada. 

Strepsil and Fisherman Friends memang sentiasa ada dalam handbag. Tapi bukannya boleh baik pun. Biasanya kalau dah start batuk, mesti makan masa dalam sebulan nak baik balik. Hmmmm.

24 September 2012

Lelah

Serius. Penat teramat-amat sangat hari ini. Lelah. Pening kepala. Turun naik building ComCorp nie. Luckily ada lif. Kalau tak ada, mampus. Akulah yang sediakan meeting room. Akulah yang jadi penyambut tetamu, tukang buka pintu semua. Aku jugalah yang call Tea Lady untuk sediakan drinks for vendors. Aku juga yang jadi tukang pasang projektor.

But in the end of the day, someone came to me. Pelan-pelan bagi aku benda nie. Consider as my upah untuk sediakan bilik meeting. Hahha aci tak gitu?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Tadaaaaa..






Abaikan muka yang berkilat-kilat itewwww!

12 September 2012

3 things that I loved the most

#1 - Red colour.


I dont' know since when I love this colour. Like before, I lagi suka pink colour and baby blue colour. But now, bila nampak warna merah, terus nak grab. Same thing happened when I pilih baju raya last month. Dalam otak nie duk fikir nak beli baju warna hitam. All black. Buttttttttt! When I saw this red baju kurung and red kaftan, terus ambil and bayar. Huh! Manusia boleh berubah sekelip mata. Now, anything yang berwarna merah, memang akan tarik minat I. Immediately.


#2 - Piano


Sound of music. Damn it. I loveeeee it. Since I kenal dengan Kak Suzanne, I dah minat gila dengar music from piano. Any kind of it. Fur Elise. Oceano from Roberto Caccipaglia. And she gave me this pink tiny piano for my birthday. Kalau kita pusingkan, dia akan keluar lagu Fur Elise. Nice huh?

#3 - Lotion


Err. Ini je ke yang I ada? Hehhe. Actually 3 of it I letak dekat office. Depends on situation. For Syahirah's Losyen Tangan & Badan itu untuk whiten my skin. For Johnsons Baby Lotion (Pink) untuk lembutkan tangan since my hands memang jenis kering gila. For Body Shop Vanilla Body Lotion itu I akan pakai when I lupa nak bawak my perfume. Hehhe. Nothing change when I'm wearing this. Its quite sticky and oily. Not suggested! For my Johnsons's Oxygen Lotion yang botol warna baby blue itu I letak dalam handbag. In case if I kena salam dengan orang ke kannnnn. The small bottle of Johnsons Baby Lotion (Blue) itu memang sentiasa ada dalam my makeup bag. Hahha. Tips and Trick. If you have to stay overnite somewhere and you forgot to bring your makeup removal, just put a little bit of lotion onto a cotton or tissue, then remove your makeup. Jangan press coz its not a makeup remover which contain of all the necessary vitamins for your eyes. Hey I just bought another lotion. Called Hand Cream from Body Shop. RM19. That tiny thin little bottle. Smell like rose. Really good.

Thats all for now. Wanna go back home. Eat some food and go to sleep. Take care guys! Much love. XOXO

05 September 2012

Vacation

L.O.V.E~

Need a vacation.
Alone.
Just me and myself.
Somewhere around.
Nothing.
Peace.
Calm.
Quite.
The end.

Sometimes, you need a space just for yourself. Listened to a nice music and sleep as long as you can. Do whatever you want. Eat whatever you love.

04 September 2012

Aneesa and Nizal's Wedding Ceremony


Date: 01 September 2012
Venue: Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam

May your LOVE grow stronger as you find your way through the STORM of life.
Congratulations on your wedding.