24 February 2012

Thoughts


Need my Mr. Sunshine to lighten up my days.
To brightened up my memories.

23 February 2012

It's time


Okay it's time.
Wanna go back home.
Tired like hell.
Working like there's no tomorrow.
Err.
Thats all.
Take Care.
Muchos love!
XOXO (^ , ^')

Quotes of the Day


The pain you feel today,
Will be the strength you feel tomorrow.

Don't say anything.
Just keep going.

Be strong Afifah!

Lega.

Assalamualaikum,

Huh penat! Sumpah penat. Penat sangat-sangat. Pukul 5.00 pagi dah kena bangun. Pukul 5.15 pagi dah ada dalam bilik air. Err. Okay sejuk ye. Harap maklum. Sambil bersiap sambil kejut Encik Yus. Kesian pulak. Dengan dia sekali terbabit dalam kes nie. Kena bangun awal gila lepas tu kena sembahyang subuh dekat Surau area rumah aku. Kang jangan buat naya nak sembahyang dekat sana memang tak sempat nak amik aku and hantar aku pergi kerja on-time pukul 7 sampai office. Thanx dear.

Singgah beli roti dengan nescafe and maggi. Maggi aku bajet nak makan time lunch nie kang. Tapi pukul 11 badan aku dah gigil tahan lapar kan. Cukup ke maggi sebungkus? Ngeks betul.

Straight dari pukul 7 sampailah pukul 11 pagi aku kerja rushing sana sini. Dah tuh dengan sorting lagi. Ada amendment lagi. Ouh okay. I hate this kind of attitude. Always do things last minute. Lagi sejam nak submit, ada hati lagi tu nak amend benda lain. Banyak cantik. Kalau kerja tu tak melibatkan orang lain takpe juga. Ubahlah macam mana pun memang fi tak kesah. Tapi masalahnya dia dahlah submit lambat. Fi yang nak kena print out and compile everything. Kalau sikit tak apalah. Ini dahlah banyak. Bercelaru otak nie. 

Hurm serius fi memang pantang orang buat kerja last minute. Penat dia lain macam. Tapi nasib baik dah submit dah. So after this memang elak2 je nak deal dengan dia. Every single day kena follow up. Tetap juga kena buat last minute. Hmm suka sangat.

Okay dah habis dah marah. Dah habis dah cerita. Nak rest and nak makan banyak-banyak. Dah berapa hari tak jumpa nasi nie. Risau semua dah hilang. After this akan ada banyak lagi tender tengah beratur nie. 

P/s: Aku tak tahu apa motif nak marah-marah nie. Penat sebenarnya marah orang nie. Lagi penat kalau pendam dekat dalam hati je. 



22 February 2012

When there is a tender


Working like hell
Didn't got time to sit down properly
Don't have much time to open my Facebook or even my Email
Can't have my lunch properly
Stay back at the office
Have to come to the office at least 1 hour earlier


Err okay.
"I'm so in love with this kind of situation"

21 February 2012

Tempoh Percubaan

Alhamdulillah setelah 3 bulan bertungkus lumus untuk memastikan kedatangan aku tidak terlampau lewat dan tidak selalu ambil cuti, akhirnya waktu percubaan aku hampir tamat. Genap 5hb Mac 2012 ini, kalau tiada aral melintang, InsyaAllah aku akan jadi pekerja tetap untuk Comintel Sdn Bhd.

Sisipan petang

Fail sudah tersusun rapi di atas kabinet. Hurmmm. Letihnya hari ini. Suhu badan makin meningkat. Mungkin kerana aku terlampau bekerja keras memaksa diriku yang belum sembuh sepenuhnya ini sepanjang hari. Apa kan dayaku. Sebagai orang baru, memang aku harus menyiapkan semua tugasan yang diberikan tanpa banyak bicara dan keluhan. Hanya diruangan ini aku dapat meluahkan segala yang terpendam. Namun kemungkinan untuk mereka membaca luahan hatiku adalah sangat tipis. Jadi untuk itu aku batalkan niat untuk meluahkan segalanya. Biarlah padaNYA aku berserah dan memohon agar diri ini terus bertahan selama-lamanya. Tekad aku agar semuanya menjadi kenyataan. Apa yang aku impikan, yang aku idamkan akan tetap bertahan selamanya. InsyaAllah.

Wanita dan Blog

Lately aku perhatikan ramai blogger wanita yang ingin menceburkan diri didalam dunia blogging. Memang aku akui separuh dari mereka banyak melibatkan diri dalam bidang usahawan blogger atau lebih dikenali sebagai usahawan online. Dan separuh dari mereka juga masih tidak mengetahui apakah elemen yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam 'blog post' kita.

Bagi yang baru berjinak-jinak di dalam bidang ini, anda harus mengetahui apakah jenis cerita yang digemari orang dan apakah jenis cerita yang dibenci orang. Contoh yang aku lihat sekarang, ramai blogger wanita suka mengadaptasikan kisah percintaan mereka untuk tatapan umum. Sekadar ingin memberitahu bahawa diri sudah berpunya. Dunia mereka hanya untuk orang tercinta sahaja. Jadi apa kata kalau anda privatekan aje blog anda sebab tak ramai yang suka membaca kisah percintaan anda. Biarlah kisah itu menjadi kenangan anda berdua.

Yang paling parah bila anda cipta satu blog khas untuk Boyfriend tercinta. Bukan suami ye. Bila satu hari jodoh anda tidak panjang, kisah korang tamat disitu, kan susah untuk delete blog sedia ada dan cipta satu lagi blog untuk pakwe baru korang. Sumpah, jenis blog yang sebegini memang saya tolak tepi.

Kisah wanita mengandung. Mengidam itu dan ini. Beli barangan untuk bayi yang bakal lahir. Itu juga kurang penting untuk bacaan mereka yang dewasa. Seeloknya anda masukkan tips-tips untuk melahirkan anak, surah-surah yang elok dibaca ketika mengandung, panduan pemakanan untuk ibu mengandung dan sebagainya. Kan ke lebih bermanfaat bahan bacaan yang anda sediakan untuk pembaca.

Kisah wanita dan senarai kasut tumit tinggi yang mencecah harga ratusan ringgit juga bakal membuat pembaca anda jadi mual. Serius. Mungkin anda berniat untuk menunjukkan koleksi kasut-kasut yang cantik akan tetapi pada masa yang sama, pembaca akan berfikit yang anda cuma mahu menunjuk-nunjuk semata-mata. Pfft. Tolak tepi!

Bagi mereka yang masih muda, segala rasa tidak puas hati, niat untuk memaki orang, menghina orang diletakkan ke dalam blog. Oh! Itu sangat tidak penting. Biarlah perasaan marah itu dilepaskan dengan cara yang baik dan berhemah dan bukan dengan cara cacian dan makian.

Tak kurang juga untuk mereka yang mempamerkan koleksi hantaran yang dibeli siap dengan harga setiap barangan yang dibeli untuk persiapan majlis perkahwinan korang. Hurm saya tak rasa itu perlu untuk dibaca.

Akhir kata, jadikanlah hobi berblog ini sebagai tempat untuk kita memanjangkan ilmu sedia ada dan dalam masa yang sama kita juga akan dapat ilmu dari para blogger lain.