17 February 2012

How to organize yourself at work


Sometimes people will have a lots of task to do in a day but they definitely can solve things on the dot for that day. But also happened that some other people don't have a lots of work but at the end of the day, their job are still hanging in the air. How they do it? How to organizing yourself? Here is a list of the things that maybe can help you to solve this problem.


  • Notable
    • Always jot down every single thing that you have to do on that day and to make it more clearly, do some highlighting whenever you see the important words so that you won't take a lots of time to recheck the words after this. You can also used the Post-It Notes with different colours. Such as, for the high important task, you will you a Red colour paper and for the small task, you can used the lighter colour paper. 
  • Telephone Call
    • Limit your telephone call each time you used it. Just used the telephone to make an important calls only.
  • Waiting
    • Sometimes, you'll have to wait for others to settle down their work before you can continue doing it. The times taken can not be waste out. Take that time to tidy up your table, files and documents. Throw away all stuff unneeded so that you won't mixed up your things with the unused stuff.
  • Keep your stationary complete
    • Make sure all your pens always have an ink and your things are well-organized all the time.
  • Once and Only Once
    • Be sure that each paper/document should be handled once. Either you to read it, file it or pass it to the others, you will do it just in one time. Control yourself from doing things twice because it will wasting your time
  • Leisure
    • Spend at least 20 minutes for every 4 hours for yourself. It is a time to relaxing your mind before doing other task. You can have a chit chat, small talks with the bosses, make a coffee and just sit down and hear what other peoples talking.

16 February 2012

Selera makan

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ini selera makan fi dah berkurang. Funny? Hurm tak payahlah gelak lebih-lebih. Memang tahu diri ini dah gemuk pun. Actually hari tu terskip lunch. Lepas itu esoknya pun skip lunch. Mula-mula memang rasa lapar gila tak tahan nak tunggu petang. But after that bila dah banyak kali skip lunch, perut dah jadi biasa dengan keadaan itu. Tapi dengan syarat, kenalah ambil heavy breakfast setiap pagi. Heavy sangat ke? Biasanya aku beli bihun goreng je. Sebab bihun goreng diperbuat daripada tepung beras. So dia tak akan buat perut korang pedih macam makan mee goreng biasa.

Hmm tips dah ada tu. Lepas itu sambil buat kerja aku memang bawa bekal Nescafe Instant tuh. So bila minum Nescafe time tengah lapar plus sejuk, memang heaven gila kot. Hehhe. Perut terus jadi agak kenyang dan mampu bertahan sampai pukul 2.

Lepas zuhur biasa aku just makan biskut Cream Crackers satu peket ada 4 keping tuh. Kalau rajin beli biskut Oat 25 yang ada berries tuh. Mengenyangkan dan sedap. Aku sekarang nie cuma makan malam je kot. Sebab uish tak tahan woo nak berlapar sampai pagi.

Hurm aku buat macam nie sebab aku dah rasa mengah nak turun naik tangga sekarang. Penat sangat rasa. Hopefully dapatlah turunkan dalam 2-3 kg next month kan. Hehhe.

Mood tak adalah. Hari ini asyik kena marah, rushing plus aku tinggal seorang dekat department aku. Yang lain MC. Boss pun MC apa cerita kan. Hurmm penat sebenarnya. Nak tidur. OKbye.

09 February 2012

Research


"You need a plan to build a house. 
To build a life. 
It is even more important to have a plan or goal 
- Zig Ziglar"

Business.

Need an extra pocket money. Not desperately need that money but seriously, I really need to find extra money instead of just saving some of my money every month. Tak cukup okay nak buat belanja kahwin. Hahha itu je tujuan dia kan. Kahwin. Kahwin dan kahwin. Hurm letih bila fikir pasal kahwin nie. Banyak nak pakai duit. Almaklumlah. Sekali seumur hidup. Itu harapan setiap insan when they're getting married.

Actually dulu pernah buat business baking online. But since oven still not with me yet, so kena lupakan dulu hasrat itu kan. Oven fi dekat JB lagi. Barang-barang nak baking pun still at JB lagi. Huhhh hampess. Gian gila nak baking. Desserts? Cupcakes? Pffttt lapar balik.

Rite now tengah mencari suppliers untuk supply the products yang fi nak jual. Still mencari lagi produk apa yang boleh fi jual. Yang boleh fi jadikan sebagai salah satu side income. Sekurang-kurangnya fi dapat untung, orang lain pun happy dengan barang yang fi nak jual. Fi nak jual apa? Nantilah if dah confirm everything, dah tahu apa nak jual, dah ada special blog or website untuk barang tu, fi akan publish dekat sini okay. Don't worry bout that.

Fi tak nak main-main. Tak nak hangat-hangat tahi ayam je. Tak nak berangan lebih-lebih lagi. Fi nak serius dalam bidang nie. Fi nak benda akan jadi a part of me. So fi memang kena plan betul-betul. Hurmm tegas gila muka aku time taip nie kan. Memang serius habislah kan. Hahha.

Hurm okaylah. Nak kena makan dah ni. Kan habis waktu lunch pulak. Nanti fi sambung new entry okay. Take care semua. XOXO!

03 February 2012

Perkahwinan

grab from google.com

Assalamualaikum.

Gembira dapat melihat kebahagiaan orang lain disamping keluarga mereka yang tersayang. Terpancar keriangan di wajah setiap ahli keluarga mereka betapa bahagianya hidup mereka. Aku? Aku masih sendiri. Menghitung hari untuk melangkah setapak ke hadapan. Mungkin pada hakikatnya umur 26 adalah umur yang agak lewat untuk berjinak-jinak ke alam rumah tangga. Tapi apakan daya. Terlalu banyak yang harus ku lakukan untuk mengatur kehidupan harian yang agak terumbang-ambing lagi.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang harus kita permainkan atau perlekehkan. Ianya ada satu jalinan ikatan yang suci yang harus kita jaga demi maruah anak bangsa. Sungguh aku takut akan penceraian. Aku benci dengan ungkapan kayu tiga. Aku seram dengan perpisahan. Memang ianya menyakitkan. Akan tetapi kadangkala hanya itu sahaja langkah terakhir yang harus kita lakukan.

Persiapan sebelum bermulanya perkahwinan bagiku tidak begitu penting berbanding dengan persiapan diri kita selepas bergelar suami isteri. Wang yang banyak tidak menjanjikan kebahagiaan. Keikhlasan hati, kejujuran diri, sikap saling bertolak ansur adalah salah satu perkara yang teramat penting demi menjaga ikatan perkahwinan.

Ikhlaskah aku untuk menerima si dia seadanya? Ikhlaskah aku untuk menerima setiap kekurangannya dan melengkapi hidupnya? Sudah bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah? Bersediakah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada sang suami? Atau aku hanya ingin berkahwin atas dasar cemburu demi melihat rakan-rakan seperjuanganku yang sudah berumahtangga dan hidup bahagia bersama keluarga tercinta?

Sujudku padaMU Ya Allah untuk menerangi hatiku dan memintaMU memberi petunjuk yang benar dan laluan yang mudah untuk aku mengecap bahagia.

Harusku akui bahawa jauh di sudut hati aku, aku hampir bersedia untuk melangkah ke alam itu. Untuk berubah menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Memerlukan pengorbanan. Perlu mematangkan diri sendiri demi menggalas sebuah amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk kaum wanita iaitu menjadi isteri yang taat pada si suami yang telah membimbing kita ke jalan yang benar.

Kalau sudah tertulis dia jodohku, ia tidak akan ke mana-mana. Walau berjuta rintangan harus ku tempuhi, dia tetap akan jadi milikku. InsyaALLAH.

02 February 2012

Ombak Rindu

Assalamualaikum
Ombak Rindu? First novel that I bought for my mom is Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Kiteorang ada 3 buku nie. Kesinambungan untuk cerita Ombak Rindu nie ada lagi dua buah tak silap aku. Sampailah at the end of the story, Izzah pregnant anak Hariz and barulah happy ending.

Pada aku sendirilah kan, mood sedih aku akan datang if aku baca novel-novel nie. Masa aku tengok cerita nie sendiri, susah sangat untuk aku rasa sedih macam aku baca novel. Serius.

But rite now aku tengah gila dengan OST untuk Ombak Rindu nie. Nyanyian Hafiz and Adira and satu lagi lagu Lara Hati nyanyian Adira. Serius memang lagu ini sangat touching. The way dieorang punya ekspresi muka and suara dia semua memang serius aku macam sentap gila dengar lagu nie.

Actually mood aku tengah tak berapa nak baik buat masa ini. Maybe thats the reason in what i currently feel inside my heart. Rasa diri tidak berguna. Rasa diri tidak penting dan rasa diri tak dihargai dah. Mungkin hanya perasaan aku. Tapi sampai bila. Baik. Gaduh. Baik. Gaduh. Sampai bila kan?

Okay aku kalau tengah tak ada mood nie, kalau setakat nak mengacau aku nak mengusik aku and bukan nak dengar masalah aku, better korang buang niat nak dekat dengan aku sekarang. Sebab serius nanti aku akan mengamuk. Okay ek. Mahu sambung dengar lagu Lara Hati. Bye!

Facebook kena hack ke apa?

Entry fresh and express gila.
Don't know what is going on.
Aku tengah buka Facebook aku.
Pas tu bila nak pergi Home balik, dia keluar benda kat bawah nie


Then aku tutuplah.
Aku buka balik Facebook pun masih keluar benda yang sama.
Maksud?
Motif?

01 February 2012

Make over.

Assalamualaikum.
Lama tak update kan? Masih adakah manusia yang ingin membaca entry Cik Effie? Hopefully ada. Bila dah lama tak update, otak pun jadi tepu. Jadi macam tak tahu macamana nak start. Kan kan kan?

Hurm last few weeks, rumah Fi ada stalker. I mean real stalker. Dia siap buka tingkap dapur kiteorang dekat dapur. Since that, memang takut juga nak duduk rumah seorang diri. Nekad gak nak pindah. That time happened before CNY Holidays. Mula-mula dulu ada my roomate almost dicabul time ambil air sembahyang. Actually itu salah dia juga sebab biarkan pintu terlapang tak bertutup. Usahkan nak kunci. Jerit kuat gila. Time tu fi baru balik kerja. Second time tingkap kena buka. Memanglah dapur tu dekat luar ada ampaian but if fi yang pendek nie pun boleh tinjit sikit and sampai nak tolak tingkap tu, inikan pula orang lain kan.

Memang malas nak cari rumahlain sebenarnya. Fikirkan penat nak pindah randah, sewa yang mahal, Fi stay je dekat rumah tu. Sewa kiteorang murah. Bawah RM100. Untuk bilik Filah. Sebab share dua orang. So jadi RM95 seorang. Bil pun belas-belas je pun. Rumah pun kira besar. Nama je flat. Ingat weekend nie nak panggil plumber untuk betulkan paip dekat sinki yang patah and salur air yang tersumbat tu.

Hari Ahad lepas kami bertiga (Fi, Fateen and Akma) gasak mengemas rumah. Fi bawa langsir dari JB. Langsir arwah Atok Abah fi dulu. Bila dah pasang langsir baru gantikan yang koyak-koyak tuh, buang segala benda yang tak patut disimpan, jadi sayang pula dekat rumah itu. Fateen rumah bangla pun kalah sebelum nie. Barulah nampak macam rumah anak dara kan. Hahha. Langsir dah tukar jadi ceria sikit. Langsir lama tu basuh2 gantung dekat tempat pembahagi antara dapur and ruang tamu.

Kerusi sofa tu tarik tolak ke tingkap sikit betul-betul selari dengan tv. Kertas surat khabar lama dah dibuang. Tinggalkan habuk je. Karpet dah dibentang. Tunggu meja makan je. Meja makan dalam next week kot sampai. Bilik fi pun dah bersih. Barulah nampak yang bilik tu luas sebenarnya. Roomate baru hari nie nak pindah masuk. Seronok pula tiba-tiba. Jangan bersepah sudah kan.

Fi nak cari almari sebenarnya. Tunggulah gaji bulan dua nie nanti. Cari almari biasa-biasa sudah. Ke ada orang nak jual kat fi yang bawah seratus tapi second hand and masih elok lagi? Ada tak? Bayar 3 kali boleh tak? Hahha. Sebab sekarang fi letak baju dekat rak. So sangatlah tidak kemas. Susun elok pun jadi sakit mata memandang. Yelah. Kena pula baju yang belah dalam-dalam tu jadi bahan pameran lak kan. Any idea nak beli barang perabot yang murah-murah dekat area Shah Alam tak? Email me okkay. Heartosoultalk@yahoo.com.

Sekarang mahu kumpul duit untuk membeli mesin basuh dan rak dapur. Hmm nak cari yang plastik takut tak kukuh. Nak kayu takut anai-anai. Kang amik besi takut karat disebabkan mesin basuh sekarang nie problem. Air melimpah ruah sebab hos salur air bawah tu patah. Patah okkay bukan tercabut. Dah tuh kalau basuh baju memang gedegang gedegang bergegar satu blok. Hahha terus tutup lampu malu takut orang nampak siapa yang basuh baju tuh. Hahha.

Okkay dah dapat confirmation. Meja makan RM100. Hurm sharing is caring rite. Hehhe so sorang dalam RM20-RM25 lah. Hurm tinggal mesin basuh je nie. Nak yang auto tapi tak mau besar-besar. Sebab bukan nak basuh baju satu family. Basuh sorang-sorang kan.

Maybe dalam bulan 4 fi nak beli oven. Sebab bulan 7 nak buat biskut almond london. Mahu jual macam tahun lepas. Hurm. Excited tetibe. Hahha. Dah kemas rumah tu barulah rasa macam inilah rumah betul. Bukan macam rumah tumpangan sang "abang adesh" dah kan. Okeh till meet again. Daa

p/s: sorry tiada gambar untuk entry ini. tak sempat nak ambil gambar rumah. excited sangat nak bercerita punya pasal. hahha.