24 October 2014

#1 Projek Memikat Hati Suami

Projek Memikat Hati Suami

Tips #1

Marah? Bergaduh? Siapa yang tak pernah bergaduh? Alangkan kalau dengan ibu bapa sendiri pun kadang-kadang ada yang tersilap kata, tersalah bahasa. Ini kan pula suami? Suami yang asalnya adalah orang asing, bukan dari darah yang sama. Mesti ada rasa sentap kan? Tips hari ini, kalau bergaduh ke, bermasam muka ke, jangan biasakan tidur asing! Pantang besar itu. Mula2 tidur asing. Lama-lama hati makin tawar. Makin lama makin mudarat. Makin lama makin terasing. Bila dah selalu macam itu, jiwa yang terasing akan jadi biasa. Jangan biasakan, atau jangan tidur asing! Biarlah seorang pandang ke timur, seorang lagi ke barat pun, biarlah tak bertemu muka pun tapi asalkan anda tetap sekatil.

29 August 2014

Soalan Berangkai.....

Assalamualaikum,

Hidup ini tak lari dari manusia. Kiri kanan kita semuanya penuh dengan manusia. Kita nak hidup tegak ke nak terbalik ke nak terlangkup ke memang sentiasa ada manusia sekeliling. Manusia ini juga boleh berkata-kata. Boleh bertanya. Boleh memberi jawapan. Boleh berbual. Boleh berbincang.

Hari ini aku nak selesaikan bab "Manusia Boleh Bertanya" dahulu.

Pertanyaan dari seorang manusia ini memang tak ada noktah. Habis yang ini, sambung yang itu. Dah dapat jawapan yang itu, tanya yang lain pula. Sampai bila? Sampai ajal kita datang. "Kita" itu samada yang si penyoal ataupun yang tukang jawab.

Contoh paling senang sekali aku nak cerita adalah pasal diri aku. Sejak kecil sampai sekarang, soalan yang aku dapat semuanya jenis berangkai. Tapi rangkaiannya mengambil masa yang panjang untuk disambung.

Masa sekolah rendah, orang tanya "Dapat nombor berapa dalam kelas? Ehhhh teruknya. Anak makcik dapat nombor satu!"

Masa UPSR, orang tanya "Dapat 4A 1B je? Ehhhh. Anak makcik dapat 5A!"

Masa PMR, orang tanya "Dapat 3A je ke? Ehhhh anak makcik straight A!"

Masa SPM, orang tanya "Dapat 3A lagi? Ehhhh anak makcik dapat straight A lagi!"

Begitulah seterusnya. Aku ingat soalan ini habis takat UITM je. Rupanya sekarang soalan dah upgrade dah.

Sebelum bertunang, orang tanya "Bila nak kahwin? Anak makcik dah ada anak 2 dah. Susah kahwin lambat2 ni. Susah dapat anak. Bla bla bla...."

Masa bertunang, orang tanya "Bila majlisnya? Jangan lambat-lambat sangat. Awak dah umur 27. Nanti susah dapat anak......."

Masa majlis, orang tanya "Hantaran berapa? Masa kahwin inilah kena minta hantaran banyak-banyak. Lepas ni laki bukan bagi punnnn..."

Sebulan lepas kahwin, orang tanya "Dah lekat ke belum? Takde ke bau2 baby? Lambatlah ibu kau timang cucu......"

Masa raya, orang tak tanya dah. Orang terus pegang perut je sambil berkata "Hmmmmph kan dah cakap. Kahwin lambat susah dapat anak. Kita badan pun dah tak kuat. Ini takde baby lagilah ni kan?"

Aku malas nak jawab. Aku rasa nak tampar je manusia macam tu.

Hello semua. Just to let you know that, Kami baru 3 bulan berkahwin okay! Kad Perakuan Nikah pun baru nak pergi ambil dekat pejabat agama Isnin ni. Kot2 lah korang dah lupa kan. Aku tak tahulah macamana perasaan pasangan yang dah bertahun-tahun kahwin tapi belum ada rezeki anak itu. Kitorang yang baru 3 bulan ini pun rasa macam dah nak meletop malas nak menjawab soalan orang ini.

"Kadang-kadang Allah lambatkan rezeki untuk dapat anak. Tapi dia bagi kita mertua yang baik"

Yes! Memang betul! Aku bersyukur dapat mertua yang baik. Ipar duai yang gila-gila. Anak buah yang sporting. Biras yang sekepala huhahuha gelak tak ingat dunia. Allah kurniakan dua orang anak tiri. Anak tiri kedua aku Qhalisya yang suka loyar buruk. Mengada-ngada dan manja. Alhamdulillah. Allah bagi aku sebuah keluarga untuk aku sayang.

26 August 2014

Teaching

Hello creatures!

Dah dekat nak dua minggu aku start ajar anak aku dekat rumah. Home tuition. Save budget katanya. Hahha taklah. Sebab aku perasan zaman sekarang ni cikgu-cikgu jarang bagi homework dekat student. Tak tahulah maybe student dah 100% serap masuk dalam kepala time cikgu mengajar then tak perlu nak study apa2 lagi atau sekarang zaman oh-kesian-budak-darjah-satu-nak-buat-homework-banyak2 ke apa. Everytime balik kerja, mesti tanya anak aku ada homework ke tak? And most of the time she said "Takde". Okay serius weh aku pelik kenapa tak ada homework. Masa zaman aku dulu homework berlambak. Sebab tu aku pandai. Katanya...!

Lepas itu setiap kali aku suruh kira dalam kepala, congak dalam kepala, nombor simple2 je 2-1 ke 2+1 ke dia tak boleh buat. Kena buat 2 garis pastu tambah lagi 1 garis pastu baru kira berapa total. Haihh mamanya naik hantulah kejap. Yang tolak pergi tambah. Yang tambah pergi tolak. Itu yang nekad nak ajar sendiri dekat rumah tu. Warning papanya siap2. "B jangan masuk campur eh. Nak dia menangis sekarang ke nak kita yang menangis tengok dia tertinggal banding dengan kawan?" Hahha.

Tapi aku tak adalah sekejam mak tiri yang lain. Bila salah, aku tepuk tangan dia. Masalah si kecil ni dia kuat berangan. Bila dah berangan, mula nampak 21 jadi 12. Tambah jadi tolak. Lepas tu tanya bila mama nak ajar darab pula? Aku cakap "selagi tambah dengan tolak tak dapat markah penuh macamana mama nak ajar darab?" Senyap dia. Terus fokus buat kerja.

Alhamdulillah part tambah memang dia dah boleh catch up. Aku memang sengaja bagi latihan banyak2 so sambil mengira satu2 tu dia boleh masuk dalam kepala macamana nak congak pula.

Sekarang aku tengah cari strategi macamana nak ajar Bahasa Melayu pula ni. Weekend ni nak balik JB so ingat nak singgah Badan Bookstore nak beli buku latihan si Aqil dengan Qhalisya ni.

Doakanlah aku jadi mama yang penyabar ye!

Fragile

L.O.V.E
Turns a heart to crystal.
Much more valuable.
But much more fragile.

T.R.U.S.T
Is a fragile thing
Easy to break.
Easy to lose
And very hard to get back.

PLEASE.
Once you have our heart.
Handle it with care!

23 August 2014

Its been a while

Assalamualaikum,

Its been a while huh? Too much to tell. Too much to say and yet I don't know how to start.

Currently busy with baking project. A few ideas came up. Need to prepare our business plan. Draft. Sketch. Draft. Delete. Start over again. Its really tiring.

Alhamdulillah now we've spent most of the time at home. Cook at home. Breakfast at home. Hahha. We can saved up to RM30.00 a day if we have our breakfast at home! Breakfast and bawa bekal. Jimat!! Outside food is not healthy. In fact, I also can polish my cooking skills and luckily my husband love to try new recipes invented by me. Hahha.

Most of the time, I whatsapp my mom how to cook this, how to do that, how to make this taste like hers and so on. My mom won't tell you the exact quantity. She will tell you all the ingredients. But its up to you how you measure it. She said, when we cooked, we have to use all of our body. Your eyes to see whether the colors is same like her's. You nose to smell it. Seriously I'm not the type of cook yang suka cuba rasa masa tengah masak. Everytime I cooked, I'll asked my husband to taste it. Aku ni jenis yang bila masak, tengok warna and bau sama macam ibu masak, kira jadilah tu. Hahha.

Need to go now! I'm currently doing extra classes for Qhalisya.

19 June 2014

New Life

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. 
Dah nak sebulan kami bernikah. 
Alhamdulillah. 
Segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Alhamdulillah. 
Semoga Allah memberikan kami keberkatan, kenikmatan dan kesenangan dalam kehidupan kami.

Ramai yang bertanya apa beza dah kahwin dengan sebelum kahwin? Beza? Mestilah banyak. Changing title from Ms to Mrs Riduan. Boleh pegang tangan depan dia depan orang ramai. Ada yang mendengar. Ada yang memujuk. Ada yang menyuapkan makanan tiap kali rasa malas memuncak tinggi. Dan yang penting sekali, sebelum balik kerja dah nak kena reka resepi apa nak dilebur dalam kuali untuk makan malam ini.

Bagi mereka yang ada dalam 'Friendlist FB' aku mesti perasan yang timeline aku dah bertukar. Dulu banyak gambar selfie. Sekarang tiap2 malam upload gambar makanan. Hahha. Biaq pi lah orang nak kata apa kannn.

Kalau time malas, memang just perap ayam/daging lepas tu grill dalam oven. Multi-used okay. Selain dari bake cookies, boleh grill kambing siapp. Hahha have to make sure before I baked cookies for this coming Hari Raya, I need to clean my oven. Otherwise, all the cookies will smell like chicken wings BBQ grilled. Hahha.

Kalau time aku rajin, memang gulai lemak ke, ayam sambal ke aku buat. Haaa beza rajin dengan malas ni, kalau rajin, rajinlah aku kopek bawang, menumis bagai tu. Kalau malas, aku ketuk bawang pakai lesung batu, buang kulit, pastu campak dalam tray. Campak teriyaki sauce, black pepper ke apa benda bahan perap lagi gaul sikit lepas itu terus campak dalam oven. Haaa beza tak? Tumis dengan campak.

Pada aku lagi senang grilled lah. Sebab balik kerja dah pukul 6.45-7.00pm. Ayam kadang dah siap perap. Kadang belum. Letak ayam and bahan perapan dalam aluminium foil pastu grill dalam oven guna api slow and startlah oven untuk 1 hour. By the time aku siap mandi, solat semua, ayam dah siap.

But sekarang ada Qhalisya, so ada menu tambahanlah. Untuk dia aku sediakan ayam goreng/telur goreng je. Itu je pun benda yang dia makan dengan nasi putih bubuh kicap. Yang lain, kalau ada kuah sikit, ada sayur sikit, ada benda pelik sikit harammmmm dia tak sentuh. Cuit pun tidak. Apatah lagi nak rasa.


18 June 2014

#Throwback : Married

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Perjalanan baru bermula.

Bismillah...
Semoga perjalanan kami diberkati oleh Yang Maha Esa.

BTW, he's mine now!!

04 May 2014

Rindu itu

Assalamualaikum,

Rindunya nak baking. Rindu nak bau esen vanila satu rumah. Rindu Ramadhan sebenarnya. Rindu sangat. Rindu nak balik awal. Rindu nak menyiapkan juadah berbuka puasa dengan housemate. Rindu nak angkut segala macam makanan dari bazaar ramadhan.

Kalau tahun lepas aku pertama berpuasa sebagai tunangan orang. Tahun ini In Shaa Allah bertukar status lagi. Kalau tahun lepas kiteorang masak beramai-ramai dan berbuka puasa beramai-ramai, tahun ini In Shaa Allah cuma bertiga sahaja. Kalau tahun lepas aku cari baju raya untuk diri sendiri, tahun ini kena fikirkan yang lagi dua orang ni. Cepat betul masa berlalu.

Hari ini dah masuk 4 Rejab. Dah tak lama lagi dah kita akan bertemu Ramadhan kembali. Rindunya!